Tuesday, April 26, 2011

Tentang apa? ...

Kehidupan ini sering menuntut kita untuk bersabar dalam melalui setiap ujian yang mendatang kerana tanpa kesabaran seseorang akan mudah marah, mengeluh dan berputus asa dalam kehidupan. Perasaan negatif ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan hari-hari yang sepatutnya terisi dengan keceriaan. Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi dikesempatan ruang yang ada adalah sangat merugikan kalau berlakunya pembaziran masa. Sekadar mengingatkan diri agar tidak terus terleka. Masih banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan. Tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar,

dan bakal guru adalah amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin. 
Ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dilalui hari ini. Kebiasaanya hari selasa perhimpunan unit beruniform diadakan. Kelihatan langit mendung namun sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari ketidaktahuan akan cuaca yang mungkin terjadi. Perhimpunan hari ini agak kelam kabut mungkin kurang persediaan. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya !!!!! masing-masing kelam kabut mengenangkan laptop dan folder masing-masing. Maka berlari-lari anak lah menyelamatkannya dengan kebenaran pegawai bertugas ... Hari ni patutnya kawad kaki. Terselamatlah saya yang memang tak brape gemar berkawad ini .. :p 
Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik walaupun ditimpa hujan yang jatuh ke bumi. Best dapat main ujan... :) like this... walaupun mungkin ramai yang tak suka kena ujan. Tapi dari positifnya saya tetap sukakanya... 


     

Tuesday, April 12, 2011

Lirik Lagu Wau Bulan

Lirik Lagu Wau Bulan 
   (Lagu pendidikan kanak-kanak)


Ooo... wau bulan,
Ooo...wau bulan, 
Ooo.. wau bulan teraju tiga,
(Ulang 2 kali

Ala ikan, ikan duyung
badan ikan, kepala manusia 
(Ulang 2 kali)



Syukur

Kesibukan ini datang di saat aku memerlukannya .... Alhamdulillah .... 


13/05 - Amali Bm 


14/05- Hantar KKBI Anatomi Pj 


19/05- UAK HE 


20/05- Hantar KKP PN 


27/05- Folder HE 


... terdekat amali Kibod .... tak tau lar camner ... moga adanya keajaipan .. hehehe .. dush ... 

Monday, April 11, 2011

harga sebuah pengorbanan

Suatu hari, kelihatan seorang wanita termenung dihadapan sebuah tasik yang cukup tenang. sang bayu menyapa pipinya lembut. Tiba-tiba setitis demi setitis air matanya mengalir dipipi. Matanya memandang tasik yang jernih itu tanpa berkelip. Dahulu, tasik ini pernah menjadi tempat teristimewa dalam kamus perjalanan hidupnya. Kertas putih yang digengam kelihatan sedikit berkedut. Hatinya kian gusar memikirkan musibah yang melanda sejak akhir-akhir ini. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berlari-lari ke arahnya. Lantas tangan wanita itu sepantas kilat menyapu mutiara jernih yang masih bersisa. Resah yang mengcengkam disembunyikan jauh di sudut hati. Mama, si kecil itu menarik-narik tangannya menuju ke arah penjual airkrim.............. 

Abang nak Ima tandatangan borang ni, kalau tak kita bercerai .... 
Wanita muda itu terduduk,.. hatinya dihiris sembilu yang tajam. Tanpa diduga 10 tahun kebahagiaan perkahwinannya akhirnya musnah sekelip mata. Walaupun dugaan demi yang ditempuhi ini bukan senang wanita ini tetap kuat. Hajat suami dituruti tetapi dengan satu syarat ... Si Suami mesti berkahwin selepas sebulan .. Wajah wanita ini semakin hari kelihatan semakin pucat, tubuhnya semakin kurus.. 

Semua syarat yang dikenakan sanggup suaminya turuti,.. pada hari pertama isterinya membuat satu permintaan walaupun anih tetapi suaminya tetap menuruti.. Abang, boleh tak kalau kendong Ima macam kita mula-mula kawin dulu setiap hari naik tangga ke bilik atas ... Ima tak larat....Si suami keesokan bercerita mengenai permintaan si isteri kepada kekasih hatinya, mereka ketawa .....

Setiap petang wanita tersebut akan memeluk dan menemani anaknya ketaman berdekatan dengan rumah mereka. Sambil berjalan kepada si kecil itu diusup penuh kasih sayang ....kata-kata berupa nasihat seringkali berkumandang menghiasi bibir pucatnya ...

Rutinnya berterusan. Setiap malam akan mengendong isteri ke tingkat atas ... semakin hati dia dapat merasakan isterinya semakin ringan ... dan semakin ringan .... setelah beberapa hari, hatinya mula ragu-ragu dengan keputusannya untuk bercerai .. Hatinya kembali tergerak untuk isteri yang pernah dicintainya ... 


Friday, April 8, 2011

tak semuanya indah

HHidup Tak Menarik Tanpa Ujian dan Cubaan ... 

Bayangkan.. hidup yang kita lalui ni tanpa MASALAH.. Seronok ke?.. tak kan .. sekurangnya bila ada masalah kita boleh buat sesuatu untuk selesaikannya.. hehehe... tak perlu fikir banyak-banyak just simple-simple je .. contoh kalau asigment tak siap lagi pengelesainya kena buat lar,... just buat .. jangan merumitkan keadaan ... kalau tak siap lagi besar masalah lagi seronok ... macam main susun-susun puzzle ... akhirnya siap .. tapi jangan sampai ada yang terhilang dah lar ..

Stress melanda ... positif-positif-positif .... :) hehehe ... 

Thursday, April 7, 2011

bila aku sudah tiada ...

- Hujan -
 Bila Aku Sudah Tiada Lirik 

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

p/s: kadang-kadang kita terpaksa pergi .. bila tiba masanya... 


kesedihan


setiap manusia tidak akan dapat lari dari kesedihan ..bila bersedih sinonim dengannya ialah air mata ... 
setiap kali ingin menangis berdirilah dalam hujan kerana semasa itu tiada siapa mampu melihat kamu menangis .... kadang-kadang tangisan itu khusus untuk diri kita .. bukan untuk ditujukkan pada orang lain ... macam-macam cara meredakan penderitaan .. selain berdiri dalam ujan, baca novel sedih2 ,.. or tengok citer sedih2 .. supaya lege sikit aser .. try lar ... insyaAllah berkesan ... :) hehehahaha ...

Wednesday, April 6, 2011

Kisah Cinta Laila dan Majnun

sebuah kisah cinta diantara Laila dan Majnun 


Al-kisah, 
Pada suatu masa dahulu terdapat sepasang kekasih yang saling mencintai.. 
iaitu Laila dan Majnun 
kecantikan menjadi igauan setiap jejaka.. Sehingga pada suatu hari berita tersebut sampai pada pengetahuan seorang pemerintah muda.. Bagi pemerintah muda ini dia memiliki kuasa, kekayaan tapi untuk melengkapkan lagi kewibawaannya dia memerlukan seorang pendamping yang cantik serta menawan seperti Laila......... Maka keluarlah para pembesar mencari gerangan yang bernama Laila di segenak pelosok negeri untuk di pinang... namun sekian lama mencari tidak ditemui .. sehingga mereka hampir berputus asa.... sampai suatu ketika akhirnya Laila mereka ketemui .. 




Pembesar dan rombongan itu menyampaikan hajat pemerintah muda itu kepada Laila .. seketika laila berdiam diri memikirkanya .. akhirnya laila menetapkan keputusannya untuk menolok pinangan tersebut.. para pembesar mula khuatir akan penerimaan pemerintah muda itu.. mereka cuba sedaya upaya untuk memujuk laila menerima pinangan tersebut kerana bimbang dengan kemurkaan pemerintah muda.. Laila tetap dengan keputusannya.. hati, kasih dan sayangnya hanya untuk lelaki yang bernama majnun...


Lalu, setelah dipujuk masih tidak dapat mengubah pendapat laila maka pulanglah rombongan meminang tadi dengan perasaan hampa dan kebimbangan kemurkaan pemerintah muda.. 
maka, salah seorang pembesar yang paling lemah lembut dalam perlakuannya di pilih untuk menyampaikan keputusan tersebut sebaik munkin. ... dan akhirnya berita disampaikan ..


Pemerintah muda itu tidak murka tapi timbul perasaan hairan .. apakah kekurangannya sehingga ditolak oleh gadis yang bernama laila ini ... maka di memerintakan pembesar tadi memanggil laila dataang mengadap bukan untuk dimarahi atau dijatuhkan hukuman tetapi dia teringin memlihat sendiri gerangan yang berani menolaknya .. Laila pun datang mengadap,.. lalu ditanya pemerintah muda kenapa dirinya ditolak???? 


jawab laila di mencintai seseorang ......


siapakah gerangannya .. pemerintah negeri manakah??? lebih kaya, berkuasa dan tampankah dariku ??


Laila berkata, lelaki tersebut bernama Majnum.... 






Maka keluarlah sekali lagi para pembesar mencari lelaki bernama Majnun di setiap pelosok negeri .. dan akhirnya ditemui dalam kelompok satu kumpulan kabilah.. setelah tercari-cari akhirnya berjumpalah mereka dengan majnum .. namun masing-masing terkejut cicak .. cek, cek, cek ... inikah majnum !!! ...


dibawalah majnum berjumpa dengan pemerintah muda ... 
maka terkejutlah juga dirinya ... 
majnum yang ada didepannya mempunyai rupa yang sederhana, tidak berharta... 
berpalinglah pemerintah muda ke arah laila .. apakah yang istimewa tentang majnum ini laila ?... sedangkan aku yang punya segalanya ditolak oleh mu ... 


Wahai sultan yang di kasihi .. keistimewaan majnum... umm... 
pandanglah majnum dari kaca mata saya kamu akan jatuh cinta padanya.....
pandanglah majnum dari mata saya kamu akan melihat kelebihannya ...... 

Tuesday, April 5, 2011

aduhai kibodku

WOW!! itulah reaksi kebanyakan adik-adik yang saya temui apabila melihat kakak-kakak bm membawa kibod ke bilik muzik .... :) berat kibod ni dalam 6 kilo, mesti dibawa menaiki tingkat 4 setiap hari isnin atau rabu bergantung pada situasi ... hehehe .. kadang-kadang nak seyum jugak ... diorang mesti ingat best n mudah jew nak belajar kibod gemuk ku itu .. tapi hakikatnya tak sesenang yang dililhat ... kena bermula dari asas almaklumlah langsung x ada basic... masing-masing bermula dari kosong .... omputih kata zero .. seerti dengannya ..

Sebab saya tahu bukan mudah jadi apa yang saya pelajari mai lar kita sama-sama belajar ...
step-by- step ... biar lambat asal paham ... kalau tak tau tanya !! tapi kalau tahu kongsi ... ni satu cara saya untuk berkongsi apa yang saya tau .. salah silap harap di tegur ... proses belajar lagikan ..entri ni hanya sebagai pengenalan kepada satu demensi pengajaran ... entri seterusnya kita akan sama-sama belajar ... :) 

Monday, April 4, 2011

~~ JOHOR dan MELAKA ~~

selesai sudah !!! :p

Alhamdullillah.... setelah bersengkang mata, menumpahkan tenaga, mengharungi cabaran yang menimpa akhirnya segalanya telah selesai dengan selamatnya... sangat seronok... ada pepatah inggeris mengatakan " succses is not a destination but a journey" .... so .. hidup ini satu perjalanan bukannya destinasi ... setiap hari yang kita lalui adalah berbeza daripada hari-hari sebelumnya ... apa yang nak dikongsikan ialah pengalaman sepanjang menjalani program lawatan berBIG ..saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk melaluinya. ... 
Firstly, .. thanks to IBU ..


Perancangan untuk mengadakan program ini mengambil masa yang agak lama.. 
walaupun terlalu banyak halangan yang terpaksa ditempuhi syukur sangat segalanya telah selamat n berlalu dengan jayanya ... tahniah PISMP BM yer ... 
perjalanan bermula dari negeri Terengganu pada pukul 3 petang... setelah berkumpul di depan alfarabi kami memunggah segala kelengkapan yang akan dibawa ke dalam BAS .... :) 


sesampai di JARO ... makan-makan time ... yummy2 ... sedap jugak ubi kayu dengan sambal bilis yang agak pedas .. tapi saya tak biasa lar .. makan sikit jew coz pedas sangat ... :p ... kami berkenalan dengan golongan kurang upaya (OKU) yang berada di situ sebelum beraktiviti .. apa yang saya cari adalah pengalaman dan intipati hasil garapan program ini... masing-masing kelihatan teruja .... apa yang paling saya tersentuh ialah?... pernah tengok tak citer one liter of tears... citer yang sedih tu.. tentang seorang remaja berusia 15 tahun yang menghidapi sejenis penyakit melibatkan saraf .... try lar tengok citer nie sangat menarik ....
salah seorang oku yang ada kat situ sakit sama cam dalam citer tu .... saya sangat tersentuh.. terutama masa dia nak terangkan sesuatu.. nampak kesungguhannya .. mula-mula dia try cakap pastu mungkin dia tau saya tak faham dia tulis kat kertas .... umm.... insafnya sy.... 


antara program yang diadakan ialah SENAMROBIK, PERTANDINGAN MEMBUAT SANDWICH, DAN PERMAINAN TARIAN ... 
tahniah semua !!! aktiviti yang diadakan memdapat sambutan yang sangat menggalakkan dari warga JARO ... mereka sangat bersemangat .... kekurangan yang dihadapi bukan satu halangan .. 
Saya bertugas di bahagian pertandingan sandwich ... meriah sangat ... :) 
setelah selesai aktiviti-aktiviti yang dirancang .. giliran kami pula untuk belajar dari mereka ... kegembiraan yang kami dapat sukar diungkapkan  untuk dijadikan kata-kata ... mereka yang berada disini sangat tekun, ..tiada istilah mengeluh atau berputus asa .. 


maka sebagai insan yang bernasib baik .. bersyukurlah sentiasa ... ingat tu ... kalau nak citer macam-macam yang nak dikongsikan ... tapi seringkali kesuntukan masa mengejar-mengejar ... esok ada test untuk anatomi :) jangan mengeluh .. cuba yang terbaik .. ingatkan diri supaya tidak terlupa ... 


seterusnya pada waktu petang .. kami bertolak ke Melaka untuk melawat sekolah Henry Gurny pada hari jumaat .... kat sini memang banyak memberi kesedaran kepada kami .. sebagai seorang bakal guru hal ini sangat penting .. setiap yang berlaku perlu dirawat dari akal umbi... 


nak tulis lagi !!! nak tulis lagi !!! tapi tak sempat dah .. next time lar ..