Monday, April 11, 2011

harga sebuah pengorbanan

Suatu hari, kelihatan seorang wanita termenung dihadapan sebuah tasik yang cukup tenang. sang bayu menyapa pipinya lembut. Tiba-tiba setitis demi setitis air matanya mengalir dipipi. Matanya memandang tasik yang jernih itu tanpa berkelip. Dahulu, tasik ini pernah menjadi tempat teristimewa dalam kamus perjalanan hidupnya. Kertas putih yang digengam kelihatan sedikit berkedut. Hatinya kian gusar memikirkan musibah yang melanda sejak akhir-akhir ini. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berlari-lari ke arahnya. Lantas tangan wanita itu sepantas kilat menyapu mutiara jernih yang masih bersisa. Resah yang mengcengkam disembunyikan jauh di sudut hati. Mama, si kecil itu menarik-narik tangannya menuju ke arah penjual airkrim.............. 

Abang nak Ima tandatangan borang ni, kalau tak kita bercerai .... 
Wanita muda itu terduduk,.. hatinya dihiris sembilu yang tajam. Tanpa diduga 10 tahun kebahagiaan perkahwinannya akhirnya musnah sekelip mata. Walaupun dugaan demi yang ditempuhi ini bukan senang wanita ini tetap kuat. Hajat suami dituruti tetapi dengan satu syarat ... Si Suami mesti berkahwin selepas sebulan .. Wajah wanita ini semakin hari kelihatan semakin pucat, tubuhnya semakin kurus.. 

Semua syarat yang dikenakan sanggup suaminya turuti,.. pada hari pertama isterinya membuat satu permintaan walaupun anih tetapi suaminya tetap menuruti.. Abang, boleh tak kalau kendong Ima macam kita mula-mula kawin dulu setiap hari naik tangga ke bilik atas ... Ima tak larat....Si suami keesokan bercerita mengenai permintaan si isteri kepada kekasih hatinya, mereka ketawa .....

Setiap petang wanita tersebut akan memeluk dan menemani anaknya ketaman berdekatan dengan rumah mereka. Sambil berjalan kepada si kecil itu diusup penuh kasih sayang ....kata-kata berupa nasihat seringkali berkumandang menghiasi bibir pucatnya ...

Rutinnya berterusan. Setiap malam akan mengendong isteri ke tingkat atas ... semakin hati dia dapat merasakan isterinya semakin ringan ... dan semakin ringan .... setelah beberapa hari, hatinya mula ragu-ragu dengan keputusannya untuk bercerai .. Hatinya kembali tergerak untuk isteri yang pernah dicintainya ... 


No comments:

Post a Comment