Wednesday, April 6, 2011

Kisah Cinta Laila dan Majnun

sebuah kisah cinta diantara Laila dan Majnun 


Al-kisah, 
Pada suatu masa dahulu terdapat sepasang kekasih yang saling mencintai.. 
iaitu Laila dan Majnun 
kecantikan menjadi igauan setiap jejaka.. Sehingga pada suatu hari berita tersebut sampai pada pengetahuan seorang pemerintah muda.. Bagi pemerintah muda ini dia memiliki kuasa, kekayaan tapi untuk melengkapkan lagi kewibawaannya dia memerlukan seorang pendamping yang cantik serta menawan seperti Laila......... Maka keluarlah para pembesar mencari gerangan yang bernama Laila di segenak pelosok negeri untuk di pinang... namun sekian lama mencari tidak ditemui .. sehingga mereka hampir berputus asa.... sampai suatu ketika akhirnya Laila mereka ketemui .. 




Pembesar dan rombongan itu menyampaikan hajat pemerintah muda itu kepada Laila .. seketika laila berdiam diri memikirkanya .. akhirnya laila menetapkan keputusannya untuk menolok pinangan tersebut.. para pembesar mula khuatir akan penerimaan pemerintah muda itu.. mereka cuba sedaya upaya untuk memujuk laila menerima pinangan tersebut kerana bimbang dengan kemurkaan pemerintah muda.. Laila tetap dengan keputusannya.. hati, kasih dan sayangnya hanya untuk lelaki yang bernama majnun...


Lalu, setelah dipujuk masih tidak dapat mengubah pendapat laila maka pulanglah rombongan meminang tadi dengan perasaan hampa dan kebimbangan kemurkaan pemerintah muda.. 
maka, salah seorang pembesar yang paling lemah lembut dalam perlakuannya di pilih untuk menyampaikan keputusan tersebut sebaik munkin. ... dan akhirnya berita disampaikan ..


Pemerintah muda itu tidak murka tapi timbul perasaan hairan .. apakah kekurangannya sehingga ditolak oleh gadis yang bernama laila ini ... maka di memerintakan pembesar tadi memanggil laila dataang mengadap bukan untuk dimarahi atau dijatuhkan hukuman tetapi dia teringin memlihat sendiri gerangan yang berani menolaknya .. Laila pun datang mengadap,.. lalu ditanya pemerintah muda kenapa dirinya ditolak???? 


jawab laila di mencintai seseorang ......


siapakah gerangannya .. pemerintah negeri manakah??? lebih kaya, berkuasa dan tampankah dariku ??


Laila berkata, lelaki tersebut bernama Majnum.... 






Maka keluarlah sekali lagi para pembesar mencari lelaki bernama Majnun di setiap pelosok negeri .. dan akhirnya ditemui dalam kelompok satu kumpulan kabilah.. setelah tercari-cari akhirnya berjumpalah mereka dengan majnum .. namun masing-masing terkejut cicak .. cek, cek, cek ... inikah majnum !!! ...


dibawalah majnum berjumpa dengan pemerintah muda ... 
maka terkejutlah juga dirinya ... 
majnum yang ada didepannya mempunyai rupa yang sederhana, tidak berharta... 
berpalinglah pemerintah muda ke arah laila .. apakah yang istimewa tentang majnum ini laila ?... sedangkan aku yang punya segalanya ditolak oleh mu ... 


Wahai sultan yang di kasihi .. keistimewaan majnum... umm... 
pandanglah majnum dari kaca mata saya kamu akan jatuh cinta padanya.....
pandanglah majnum dari mata saya kamu akan melihat kelebihannya ...... 

1 comment: