Tuesday, April 26, 2011

Tentang apa? ...

Kehidupan ini sering menuntut kita untuk bersabar dalam melalui setiap ujian yang mendatang kerana tanpa kesabaran seseorang akan mudah marah, mengeluh dan berputus asa dalam kehidupan. Perasaan negatif ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan hari-hari yang sepatutnya terisi dengan keceriaan. Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi dikesempatan ruang yang ada adalah sangat merugikan kalau berlakunya pembaziran masa. Sekadar mengingatkan diri agar tidak terus terleka. Masih banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan. Tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar,

dan bakal guru adalah amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin. 
Ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dilalui hari ini. Kebiasaanya hari selasa perhimpunan unit beruniform diadakan. Kelihatan langit mendung namun sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari ketidaktahuan akan cuaca yang mungkin terjadi. Perhimpunan hari ini agak kelam kabut mungkin kurang persediaan. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya !!!!! masing-masing kelam kabut mengenangkan laptop dan folder masing-masing. Maka berlari-lari anak lah menyelamatkannya dengan kebenaran pegawai bertugas ... Hari ni patutnya kawad kaki. Terselamatlah saya yang memang tak brape gemar berkawad ini .. :p 
Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik walaupun ditimpa hujan yang jatuh ke bumi. Best dapat main ujan... :) like this... walaupun mungkin ramai yang tak suka kena ujan. Tapi dari positifnya saya tetap sukakanya... 


     

1 comment: