Monday, January 31, 2011

PERTAMA DAN TERAKHIR 

Pertama kali dapat elaun untuk sem ini dan terakhir kali dapat elaun untuk sem ini..
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi..
jadi elaun yang diperoleh perlu digunakan sebaik mungkin bezakan antara 3k iaitu 

 Keperluan, Kehendak dan kemewahan


contoh: dua kedai makan menawarkan produk yang sama iaitu secawan teh tapi pada harga yang berbeza,..
kedai A: secawan teh berharga RM 2 -
: kawasan tidak eksklusif
kedai B: secawan teh berharga RM 10
: kawasan eksklusif         


FIKIR-FIKIRKANLAH .....

pada saya tidak salah kalau ingin bermewah namun haruslah berpada-pada jangan sampai hujung sem makan meggi seperti saya pada sem-sem terdahulu kerana kekhilafan diri saya gagal merancang kewangan dengan baik (heheehhe),... sebagai manusia biasa kita tidak akan dapat lari dari membuat kesilapan tetapi yang penting bagaimana kita cuba membaiki kesilapan tersebut pada masa hadapan..


PENTING !!!!

Setelah mendapat elaun apa yang perlu kita buat????
entri ini lebih menjurus kepada pandangan saya terpulang pada kamu untuk membuat pilihan,... tiada paksaan sekadar satu perkongsian dan ingatan untuk diri saya yang sering terlupa... :)

  1. senaraikan hutang-hutang yang perlu dibayar (WAJIB)
  2. peruntukan untuk bersedekah, walaupun tidak banyak tapi yang penting ikhlas.. bayangkan nilai wang RM50 yang kita bawar ke pasaraya terlalu kecil .. tetapi bila ingin bersedekah jumlah itu dirasakan terlalu besar... anihkan??? itulah yang berlaku pada saya dan ramai lg..tapi jika niat untuk riak, serta menunjuk-nunjuk baik simpan balik duit itu.. (IKHLAS)
  3. simpan sedikit untuk waktu-waktu kecemasan ... masa depan kita tak tahu jadi perlu bersedia dan bijak dalam merancang ... (SIMPAN)
Elaun biasanya dibayar untuk enam bulan bagi setiap semester. Jadi perancangan juga perlu dibuat untuk 6  bulan.

jadi sila asingkan terus wang :

Broadband- RM288
Sewa rumah- RM360
Keyboard- RM300
Buku anatomi- RM90
HE- RM22
P.D.D: RM25
Lawatan: RM100 (belum ditentukan)
Baju Skuad: RM80
T-Shirt PPIM: RM25
Sluar Hitam: RM40
Baju Kelas: RM25
Upah Jahit Baju: RM20


* sekadar anggaran .

jadi jumlahnya lebih kurang RM1375

ni belum masuk kos bersuka-suka :) KFC, MacDonald,... jalan-jalan,.. ink, kertas A4, gula-gula,.. BBM,..Aktiviti2 akan datang, duit kelas... dan lain-lain.

jadi rancanglah dengan baik .... jangan terlalu boros,.. ingatkan diri supaya tidak terlupa ...  :)







Thursday, January 27, 2011


SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN
TERUTAMA UNTUK PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 3 IPG KDRI

sejak semalam masing-masing dah sibut kemas barang untuk pulang ke kampung halaman....
sama jer dengan aku,... hehehehe
nanti boleh lar main masak-masak dengan jaidah ... n main kejar-kejar dengan Insyirah ...
cuti tahun baru cina selama seminggu penuh dengan tugasan yang bertimbunan ibarat Gunung Kinabalu
Dah nama pun pelajar, memang padan lar ada tugasan ... :)

kertas kerja nak pergi Johor pun dah diluluskan,.. Alhamdulillah...
boleh lar ber BIG disana  nanti ... n tak balik kampung pulak lar minggu tu nanti ..
tapi untuk menunaikan tanggungjawab dan belajar sesuatu yang baru sangat berbaloi-baloi...
sementara tunggu abg mai ambik entri ni di tulis,...


Awan kelihatan mendung sekali,...
sesekali sang bayu menyapa lembut ,..
kedinginan ini amat menginsafkan..
sesekali bayangan suka duka semalam bergentayangan di minda,.. menari-nari mengikut rentak yaang dimainkan..
pantas tangan menterjemahkan dalam penulisan pena...

setiap hari, kita ditemukan dengan pelbagai masalah,.. bukan untuk lari tapi untuk diatasi..
mengalah sebelum berjuang menguntungkan pihak lawan merugikan diri sendiri ..
begitu juga setiap kegagalan yang dihadapi.. jangan terlalu mudah menuding jari ke arah sesiapa pun tetapi selidiki terlebih dahulu agar tidak ada pihak yang teraniaya...
bukakan hati untuk mengambil segalanya dari sudut yang adil dan saksama...
bukan mengikut emosi semata-mata... kelak kita juga yang akan merana ..
dan mungkin sampai satu tahap penyesalan kita sudah tiada guna ...

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA DAN KELUARGA SAYA ...... lOVE u

Wednesday, January 26, 2011

Kasihku Cintaku


 
Bukan sekadar menyayangi tapi aku juga menyintai
Sangat menyakitkan, amat menderitakan..
Tanganku kaku, mataku terpaku, jiwaku kosong,
Aku memandang dunia tanpa perasaan…

Sedang mereka berlari-lari ke sana kemari, tapi aku terus di situ. Darah merah mengalir laju menitis dibaju putih pemberianmu. Ada mata yang menjeling memandangku penuh simpati. Tapi tiada siapa yang datang di samping kerana mereka hanya mengenaliku sekadar  isteri pada mangsa. Aku diam di situ. Sehingga ku rasa ada tangan yang memegang bahuku. Aku seperti tunggul. Tangan itu sejuk sama seperti tanganku.
Wanita yang kukenali memeluk erat tubuh ini. Memberi  sokongan di saat aku memerlukan seribu kekuatan. Aku lemah untuk mentafsirkan situasi di depanku. Darah merah itu terus mengalir dan tubuh kecilku mengalah. Hilang kudratku untuk terus bertahan.
Hujan renyai-renyai menambah kerudupan suasanan. Seolah-olah dapat membaca kegalauan hati ini. Tidak bisa diutarakan melalui kata-kata perasaan hati yang kian berkecamuk. Demiku, suami berkorban. Aku melangkah setapak ke hadapan. Mereka yang berada di sekitar itu member laluan. Aku merangkul kepala suamiku. Aku mengucup dahinya lembut. Perpisahan terakhir antara aku dan dia. Perginya tak kembali lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan di antara kami. Satu persatu kenangan itu bermain di layar ingatanku. Berputar-putar umpama roda. Enggan berhenti dari terus mengingati.
Luka di kepala dibalut rapi. aku diminta ke satu sudut pengecaman. Tiada air mata yang mengalir tapi kepalaku kian berdenyut. Hati,jiwa,dan diriku mati di situ. Aku seolah-olah tidak memijak bumi. Hati kecil ini berdoa agar semua ini satu mimpi.

Dia suamiku, kasihku, cintaku ……..
Terdengar esakan,tangisan,dan raungan …… Aku berteleku di situ, tanganku mengusup lembut wajahnya. Tubuhnya sejuk sesejuk tanganku. Abang, bangunlar….. maafkan ana abang, maafkan ana…. abang, ana sayang abang, semalam abang kata nak ajak ana pergi jalan-jalan tapi abang pergi sorang-sorang tak ajak ana pun. Abang ana nak ikut………
Terasa duniaku gelap gelita. Masih ada esakan panjang yang kedengaran. … semua yang berada di sisi menitiskan air mata mendengar rintihan itu. Mereka yang memandang, tidak mengalami.. mana mungkin mereka dapat merasai. Hilang kewarasan akalku. aku dibawa ke sudut menunggu sementara postmortem dilakukan. Ramai yang datang memberikan kata-kata supaya aku terus berjuang. Namun aku terus melawan. Harapan ini sekadar satu mimpi ngeri dalam hidupku ini. Tiada air mata yang mengalir. Aku memandang satu sudut tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Hati kecilku masih enggan menerima hakikat perginya insan kesayangan. Mama memeluk erat tubuhku. Aku diam di situ. Baju putihku bertukar menjadi kemerah-merahan disimbah darah. Mama ibu kepada abang. Tanganku menyapu air mata yang mengalir dipipinya.
Mama,
Jangan menangis mama, nanti abang bangun… dr tu tipu. Kejap lagi ana kejutkan abang, ..
Abang tengah nyenyak tidur  sebab semalam abang tak leh tidur. Abang tolong ana kemaskan rumah. Ana suruh abang tidur tapi dia tak nak. Mama jangan nangis kejap lagi abang bangun. .. aku tersenyum ke arah mama. ..
Hati mama makin di rundung walang. Tangisan mama semakin menjadi-jadi. Aku kembali seperti tadi. menung ku semakin panjang.
Dia suamiku, kasihku, cintaku….
Selalu menghadiahkan senyuman, menghidupkan cinta, …
Bergurau senda, …. Tidak pernah meninggikan suara padaku. Hanya sesekali menegur jika aku membuat kesilapan. Tegurannya membawa keinsafan… dan aku tahu dia ikhlas menyayangi diri ini. Semalam, dia berdiri di depan gambar perkahwinan kami. Tiada yang aneh bertandang dijiwa ini. Dia tersenyum, aku melangkah mendekati…. Dia memandang wajahku lantas tersenyum lagi. Cantik isteri abang. Kata-katanya membuatkan aku tersenyum.
Dialah suamiku, kasihku, cintaku …
Ramai yang turut menangis… suamiku lelaki yang baik, anak yang soleh, sahabat setia,…. Hilangnya sukar dicari ganti .. kini perginya tidak kembali.. membawa bersama cita-cita yang selama ini digarap bersama..
Tiada lagi penghapus air mata duka dipipiku… hilang sudah tempat berpaut, bermanja,… dia temanku bergaduh, juga pemujuk di kala aku merajuk … jejaka yang menawan hatiku … kini tinggal ku sendiri teroleng-oleng dipukul angin….bagaimana harus ku teruskan sisa-sisa hidupku … aku terus termanggu di situ.
Perlahan-lahan tanganku ditarik. Suara mama kedengaran sayup-sayup di telinga meminta aku mengikutinya pulang. Aku hanya mengikuti langkahnya. Tangan mama ku pegang erat. Ada tangan lain yang ingin memapahku namun aku menolak dengan lembut. …
Jika aku menangis .. kutahu mama lagi bersedih. Anak yang dikandung 9bulan 10hari pergi menyahut panggilan ilahi sebelum dirinya. Kuatnya mama menerima hakikat. Aku tidak sekuat itu. Aku bergerak setapak demi setapak. Meninggalkan hospital….
Aku rebah ……
 Bacaan yasin mengisi ruang tamu. Sekujur tubuh di pembaringan bertutup kain putih. ingatan berputar-putar menayakan apa yang terjadi… siapakah di pembaringan itu……..
Baju basah yang ku pakai berganti  dengan sehelai baju kurung biru. Aku bangun, terdapat beberapa pasang mata memerhati gerak longlai tubuhku.. aku bergerak ke bilik. Sepasang baju putih bergantung kemas di dalam almari. Aku memakai baju itu. Baju yang membawa makna mendalam dalam hidupku….
Tiada sepatah kata terucap dibibir ini. Yang ada hanya satu keluhan keresahan…. Terbawa dek keluhan emosi yang kecelaruan. Andai bisa akan ku ganti tempatmu ….. hati ini masih enggan menerima hakikat perginya insan bergelar suami …
Warasku mengarahkan aku untuk terus mendiamkan diri seketika…. Wudhuk diambil lantas yassin dibacakan. Tanganku bergetar, suaraku sayu … kegalauan ini tidak mampu ku sembunyikan…
Abang ….. antara dengar dan tidak bibirku mengutarakan kata ….
Seolah tersenyum kearahku… senyuman itu kutatap hiba, air mata yang kutahan selama ini jatuh jua disaat pertemuan terakhir kami…

Aku berteleku…
Seminggu telah berlalu .. kadang-kadang aku tersenyum mengenangkan dirimu abang… sering kali aku menangis…. Pujukan yang datang sekadar deruan angin yang menyingahi telingaku ..kenangan semasa kita bersekolah bermain-main diruang fikiran… baju tshirt kegemaranmu dalam dakapan tidurku saban malam yang dipenuhi tangisan pilu…
Dairi ana ilyani
Abang,
Sampai satu tahap ana mula meracau-racau. Tersenyum dan seolah-olah abang ada di depan. Menidakkan hakikat yang terlalu menyakitkan. Abang….  Segala kenangan antara kita tidak pernah luput dari fikiran ana.
            Semalam, Ana berdiri di buaian itu… walaupun hujan Ana tidak tinggalkan buaian yang pernah menjadi  bukti  janji kita. mama tidak menyedari ana keluar dari rumah. Abang, …… hilang kewarasan Ana. mama dan haikal mencari Ana. mereka meredah hujan demi Ana… butanya  Ana menilai keikhlasan mereka. Ana, merentap kasar tangan mama yang mengajak Ana pulang …. Berdosanya Ana abang…
            Haikal yang memandang mula campur tangan.. demi untuk menyedarkan
Ana, haikal menampar pipi ana. tangan ana direntap kasar ke dalam kereta… abang,… Haikal bawa Ana ke kubur abang, …. Dia menyedarkan Ana … kita tak mungkin bertemu lagi selamanya… Ana perlu tabah dan kuat. Ana tahu, jika abang masih ada abang tak akan biarkan ana menangis begini…. Ana sayang abang …. Sekarang dan selamanya.
2 tahun berlalu ..
Walaupun dua tahun telah berlalu kenangan itu masih utuh dalam fikiran ku… tidak begitu mudah untuk dihapuskan. Aku mesti kuat dalam meneruskan perjalanan hidup ini yang semakin singkat. Walaupun aku hipokrit menayangkan senyuman kegembiraan yang lukanya hanya aku yang merasai.
            Mama, akan ku cuba membahagiakanmu sebagaimana abang selalu lakukan. Aku meyayangi insan-insan yang abang sayangi sepenuh hatiku. Saban masa aku akan terus mengingatimu…. Hanya abang yang akan menjadi raja di hati Ana sebagaimana hanya Ana yang menjadi ratu di hati abang ….     
(p/s: cerita ini hanya rekaan semata-mata namun ambilah intipatinya... hargai orang sekeliling kita)



Terima Kasih si Mata Juling ... love u to0 .....

Begini bermulanya satu cerita,....
setelah penat mendaki tangga2 yang cukup tinggi itu sampailah kami semua ke makmal bio di tingkat 4 bangunan pentakbiran... adush, nak bernafas pun semput (kurang stamina nie)...
hehehehehe


 
Anatomi dan Fisiologi merupakan subjek yang wajib diambil untuk minor pj sem ini,
satu subjek yang agak susah terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam biologi macam saya tapi saya sangat bersyukur kerana penah belajar subjek sains sukan semasa di sekolah. Sekurangnya ada lar basic tu sikit-sikit walaupun tak banyak...

Menghafal nama-nama tulang temulang, dan segala jenis otot-otot tu bukan senang,..
camne nak exem pun tak tau lar,.. tp mengalah sekarang tak mungkin,.. yang penting kita kena usaha untuk buat yang terbaik.

Walaupun duk tempat paling hujung sekali suara lec memang jelas,..
tapi saya masih mengantuk,.. tangan saya menconteng-conteng kertas..
dan kadang kala saya cuba jugak bagi tumpuan tapi hampir gagal (hehehehe) .

seterusnya,... saya terus mengira tap,... tap .... tap...
tok..tok...tok....
pintu diketuk ... lec memangdang pintu begitu juga kami..
assalamualaikum!!!!!!
adush ,... apakah yang sedang berlaku????

yang mengentuk pintu cakap nak jumpa orang...
lec tanya kenapa ?...
yang mengentuk pintu cakap nak bagi dedicate ...
lec tanya dari siapa? ..
yang mengentuk pintu cakap dari Mata Juling ...
lec tanya untuk siapa?
untuk IZAH ..


terkebil-kebil mata saya...
Aku ke????
malu nyer,.. sumer orang pandang semacam jew...
apa lar diorang ingat ni...
(hahahahaha) ...

Saya pun pergi lar ambil limau itu...
Daripada: Mata Julling
Kepada: Izah BM
Ucapan: Love U ...


sebenarnya entri ni saya tulis untuk berterima kasih kepada mata juling...
(hehehehe)
kejutan itu buat saya tak mengantuk untuk blajar anatomi..
Mata Juling adalah Mata Kuyu ...
sahabat saya dr sekolah hingga sekarang...
dan dia memang sangat suka bergurau ..
kalau dia tak bagi dedicate tu mungkin saya akan tertidur,... mekasih yer..
selamat hari jadi juga tau,...moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

PERSAHABATAN ITU INDAH






Monday, January 24, 2011

Yang ku Namakan Persahabatan


persahabatan itu indah andai dibina atas dasar keikhlasan
persahabatan itu kukuh andai disulami ketulusan ..
persahabatan itu suci andai saling memaafkan ..
persahabatan itu kuat andai dititipkan kepercayaan 

persahabatan itu rapuh jika masig-masing kepoh
persahabatan akan runtuh andai masing-masing ego..
mengalah tidak semestinya kalah ...

sekali bersahabat jangan lepasinya,..
tetapi andai sahabat lebih bahagia tanpa kita maka biarkan ia berlalu ...
melepaskanya walaupun menyakitkan namun andai itu yang terbaik untuknya relakan hati,
 biarkan sahabat berlalu.......

dalam bersahabat adakalanya bermasam muka,...
kadang-kadang marah-marah tak semena-mena..
sahabat yang baik akan terseyum tenang ...
memungkinkan hati kita kembali riang ...

andai masalah datang tanpa diundang,..
sahabat datang menghulurkan bantuan ..
tidak perlu dipinta,...
hadirnya tanpa bicara tapi penuh makna...

yang ku namakan sahabat,... adalah seorang teman..
dalam bicaranya penuh nasihat..
dalam kasar ada lembutnya ..
dalam tangis ada tawanya ...
dalam penat ada masanya untuk kita ...





cerita di suatu pagi

Pagi ini kelihatan mendung menghiasi dada langit,..
lopak-lopak air kelihatan di sana sini menandakan semalam hujan ..
hening dan dingin...

tiba-tiba,
angin menyapa lembut bersama titisan-titisan mutiara jernih...
kesejukan itu kian mengcengkam namun digagahi juga ..

dalam hati kecil ini bersyukur...
kerana hari ini masih diberi ruang untuk menghirup udara di bumi ini
berjuang untuk menyelesaikan amanat yang diamanahkan ..

langkah diatur penuh tertip,
agar tidak terlanggar mana-mana lopak-lopak air

seperti kita,... setiap yang dilakukan perlu ada ketelitian dan perancangan agar tidak tersalah langkah
.......

kelihatan kawan-kawanku terseyum riang,..
bergurau senda menghiasi pagi yang penuh keinsafan ini..
seyuman itu satu sedekah..
menceriakan hati yang melihat
(nak sedekah duit, elaun tak masuk lagi hehehehe)

Andai boleh biarlah kita memulakan hari dengan sesuatu yang indah supaya kita bersemangat untuk melalui ujian-ujian yang mungkin ada buat kita, banyakkan lah bersabar dengan apa yang bakal kita hadapi.. kadang-kadang hidup ini tidak selalunya indah namun itu bukan alasan untuk kita bermuram durja.. yang penting tenanglah dalam menghadapi sesuatu..

Senyumlah

Sunday, January 23, 2011


Dingin malam mengcengkam tulang temulang....
kedinginan ini menginsafkan,...
sayup-sayup kedengaran lagu yang menusuk kalbu menemani malam yang sunyi...

unggas-unggas seolah-olah kepenatan dan enggan menyanyi ..
mungkin penat menghadapi waktu siang yang membebankan ....

namun tiada istilah putus asa ... yang ada hanyalah terus berusaha..
yang nampak seperti buruk kadang-kadang tak seburuk yang kita nampak..
yang nampak seperti baik kadang-kadang tak sebaik yang kita nampak

Macam buah limau,.... kadang-kadang nampak cantik dari luar tapi rupa-rupanya masam di dalam ...
alangkah indahnya jika saat ini unggas-unggas itu datang dan menghiburkan ...
ingin ku dengari melodinya yang mengembirakan ..
sungguh aku merindui kedamaian itu ...

Ya Allah, ku mohon pada Mu yang Maha Pengasih dan Penyayang...
jadikan hari esok lebih baik dari semalam yang ku tinggalkan ..
permudahkanlah segala urusan ku..
dekatkanlah hati ku pada Mu ...

Amin ....
selamat malam dan selamat muhasabah diri..
agar hari yang kita tinggalkan mendatangkan makna untuk kita selami ....


Saturday, January 22, 2011

~~~ usrah: antara yang halal, haram dan syubhah....serta pertandingan sandwich



22/01/11 sabtu :)

walaupun kepenatan semalam masih bersisa namun digagahi juga untuk bersama-sama menyertai usrah berkumpulan yang diadakan sebagai pengisian rohani... hidup ini terlalu sekejap, jadi kena pandai-pandai menyeimbangkan masa agar terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.....

(hehehe) sangat seronok...
dimulakan dengan pertandingan membuat sandwich dalam kumpulan 
kak syu memang naqibah terbaik lar .. sangat seronok...
wa, aina, nuha, pa'ah... kerjasama yang mantap..

walaupun hanya 10 minit kami berjaya menyiapkan
roller sandwich... macam kehidupan kita kadang kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah ...
selain tu resepi kejayaan kami adalah sandwich adunan kasih sayang serta kerjasama yang cukup erat ...

akhirnya kami meraih tempat yang ke 2
kalah menang lain cerita tapi yang penting makna disebaliknya ..

hasil kerjasama kami ;)


 
Antara yang dipertandingkan

selepas tu pengisian seterusnya berkaitan halal, haram dan shubhah (meragukan) ...
banyak input baru yang dikongsikan ..
Alhamdulillah .. syukur kehadrat Ilahi


~~ Bingkisan Doa Buat Yang Tersayang ~~~

Ya Allah... seandainya telah engkau catatkan ... Dia millikku tercipta buatku ....
Satukanlah hatiku dengan hatinya ....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami... agar kemesraan itu abadi ... dan Ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi ... Seiringkanlah kami melayari hidup ini ... ketepian yang sejahtera dah abadi ...

Tetapi Ya Allah.. seandainya telah engkau takdirkan .. dia bukan milikku.. bawalah ia jauh dari pandanganku .. luputkanlah ia dari ingatanku ... dan peliharakkanlah aku dari kekecewaan ...

serta Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti ...
berikanlah aku kekuatan ... melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah ...
agar aku bahagia ..... walaupun tanpa bersama dengannya ....

dan Ya Allah yang tercinta ... Gantillah yang telah hilang ..
tumbuhkanlah kembali yang telah patah ... walaupun tidak sama dengan dirinya ... Ya Allah ya tuhanku.... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu ... sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan ...
adalah yang terbaik buatku ... kerana Engkau maha mengetahui ...
segala yang terbaik buat hamba Mu ini..

Ya Allah, cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku ...
di dunia dan di akhirat ...
dengarkanlah rintihan hamba Mu yang daif ini ...
jangan engkau biarkan aku sendirian ... di dunia ini mahupun di akhirat ..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran ...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman ..
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ... ke jalan yang Engkau redhai ...
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh ...

Amin ... Ya Rabbal A'lamin

p/s: di petik dari idaman kalbu .. pengubat rindu : dairi cinta 2011
kharisma network sdn bhd



..selamat ulang tahun kelahiran .....



Alkisah...
Minggu lalu terjadi suatu peristiwa
yang menyebabkan mataku tidak berkelip memandang wajahnya..
ceritanya bermula begini......

Tanggal 25/12/1990 lahirnya seorang puteri yang diberi nama Aina
orangnya comel dan sangat ceria

untuk meraikan hari lahirnya yang ke 20 kami selaku rakan-rakannya menubuhkan 1 ajk untuk menyambut hari lahirnya ...
(hehehehe)

perancangan di atur teliti
perbincangan hanya dibuat pada sebelah malam untuk memastikan rancangan kami untuk mengejutkannya berjaya...

pada 14/01/11 tarikh yang kami pilih,
mungkin agak terlewat memandang terlalu banyak program yang harus disertai maka ini adalah tarikh yang paling sesuai untuk melaksanakan misi ....

wani dan ct
ditugaskan untuk berada di samping aina ...
manakala sy dan pyza ke bandar membeli kek...


dan hasilnya :



Drama yang kami pentaskan amat berjaya serta menyakinkan ...
:)

rancangan yang di atur ternyata berjaya dan mengejutkan Aina dan kami sangat gembira :)

dalam hidup ni kita perlu hargai apa yang kita ada terutama keluarga dan kawan-kawan..
:)

~~~sebatang pen vs sehelai kertas ~~~`







Setiap orang memiliki kebolehan, hobi, minat yang berbeza dan hati yg lain-lain
bab kata orang-orang tua " rambut sama hitam tapi hati lain-lain"

berbalik kepada pen dan kertas ???



hehehe
bila boring nie adalah aktiviti kebiasaan saya ..
hanya menggunakan sebatang pen dan sehelai kertas ..




biasanya nk tunggu lec masuk lar..
mudah jew tapi yang penting minat ..
pada saya melukis merupakan satu terapi untuk menghilangkan stress..

macam kita nak jadi cikgu jugak mesti ada minat ..
bila dah minat barulah kita boleh buat setiap kerja dengan ikhlas dan senang hati ..
dan kita akan bahagia :)

adik-adik atau sesiapa sahaja yang ceburkan diri dalam bidang ni, sayangi kerjaya kita sebagai seorang guru.. profesion keguruan sangat mulia.. cintainya pasti kita akan dapat merasai kemanisannya ...

Friday, January 21, 2011

.... Nuha bintang hatiku...





Si kecil ini adalah bintang hatiku..
Saat kelahirannya kami bakal-bakal m.cik menunggu dengan tenang di wad bersalin...
hati masing-masing kegelisahan menanti bintang hati kami
Akhirnya penantian kamu berakhir !!!!

keheningan suasana diceriakan dengan tangisan si kecilku..
(kuat,ooooo habis satu wad dengar nuha nangis)
disaat kelahirannya, nuha menangis dan kami tersenyum ..

kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana diberikan kurniaanya ini
air mataku hampir menitis pertama kali melihat Nuha
hatiku cukup tersentuh,.....

Malam pertama Nuha dilahirkan..
ini adalah pengalaman pertama menunggu orang bersalin...
berdebar-debar disebabkan tak biasa ..
jauh di sudut hati sangat bimbang andai Nuha menangis ..dan

TERNYATA memang Nuha nangis ..
masa tu Cik Jah pun nak nangis jugak lar.. nak angkat Nuha pun Cik Jah tak pandai ..
malam tu Cik Jah dengan Ibu sama-sama tak tidur,... tapi bila tengok muka Nuha tenang saja rasanya..
walaupun Cik Jah tak leh tidur tidur tapi sangat-sangat gembira...

Syukur Cik Jah diberikan peluang untuk berada di sisi NUha pada hari pertama Nuha dilahirkan ..
bila ingat kembali peristiwa-peristiwa itu Cik Jah makin rindu Nuha...

Nanti Cik Jah g tengok Nuha kat Sabah yer ... Tunggu Cik Jah tau ...




Monday, January 10, 2011

...bila sang bayu mula menyapa.....


Dari jauh kelihatan fajar malu-malu untuk terus bersinar
disebalik keheningan itu, sepasang mata memerhati dan ia terus turun ke sanubari...
kedinginan menyengat tulang temulang mendatangkan beribu keinsafan..
kesyahduan mengisi setiap ruang,..

dan sang bayu terus menyapa...
hati itu merintih kesedihan.. menyesali segala kekhilafan di bumi ini..
kadang-kadang sebagai manusia adakalanya terleka..

iz-h disaat bayu menyapa ..


Entah bagaimana ingin memulakan kata untuk memulakan tulisan pertama yang ingin dicoret dikanvas terbuka ini. Tulisan bertaip ini menterjemahkan kata-kata yang berlegar-legar di jiwa. Sekadar ingin menyapa dan berkongsi suka duka.. melalui kehidupan dan keadaan diri yang berdepan dengan kenyataan yang saban masa memerlukan kesabaran untuk kita terus bertahan....