Tuesday, March 1, 2011

Kesibukan itu Indah


1 MAC 2011 

Kesibukan itu Indah,
Andai diisi dengan perkara berfaedah ..
dilakukan  dengan hati yang ikhlas,..
tanpa mengharapkan ada yang membalas ...


Ada yang cakap nak jadi Cikgu ni mudah.... Tapi mudah ke?... mereka yang tidak melalui tidak akan tahu ..
Tanggungjawab yang terpikul dibahu bukan perkara enteng,.. bukan perkara main-main... ianya amanah yang perlu dilaksanakan... tugas ini perlu dilakukan dengan ikhlas ... seorang guru perlu mencintai bidangnya ini tanpa ada belah bagi.. kerjayaan ini perlukan orang yang betul-betul MAHU... bukan dipaksa... kerana seorang guru akan membentuk beribu-ribu insan .... 


Tiap kali kepenatan dan kesibukan melanda.. ada hati-hati yang terlena terutama bila "stress" melanda.. mulalah ada yang marah-marah tak semena-mena.. bercakap mengikut emosi yang terlontar.. dek kerana kepenatan yang ... ada yang mudah terguris hatinya, adapula yang membengis tak kira masa ... 
Tapi kita biarlah yang jadi penenangnya kerana kita faham apa yang sedang dilalui .. kerana kadang-kadang kita juga dibuai rasa yang sama ... banyakkan bersabar, teruskan tersenyum ... jadilah orang yang tenang .. positifkan diri.. lalui hari-hari dengan kegembiraan yang kita ciptakan ... 

Kalau nak diikutkan penat tiada apa yang kita dapat .. ikutkan rasa binasa ... ikutkan hati mati .... :) jadi ikutlah akal serta rasional ... keep smile ... ketika penat pandanglah langit, ukirkan rasa .. biarkan ianya hilang mengikut edaran masa .... kesibukan ini amat indah,.. hilang masa memikirkan masalah ... yang ada cuma mengatasinya .. mengharapkan esok lebih baik dari hari ini .... :) Ya Allah, kuatkan diriku ... Ya Allah ku mohon padaMu agar diberikan kesihatan yang baik agar dapat melalui kesemua ini ...  pejamkan mata.. lupakan seketika segalanya... dan ingatlah kepada maha pencipta .... semoga ketenangan menjadi milik kita ....


No comments:

Post a Comment