Monday, July 4, 2011

masalah ...!!!!

http://bakalcikgunurizzah.blogspot.com/ nie alamat blog bru saya .... Blog yang nie mengalami masalah untuk diakses ... huhuhu ...  =(

Thursday, May 19, 2011

Pulang ke Kampung ...


Alhamdulillah,... selamat sampai sudah (*macam  jauh sangat) hehehe ... sekarang musim exam, tapi tak tau lar rasa nak balik jerr... cam ada something .... pas abis exm pagi terus balik bilik kemas-kemas n ambik beg terus balik.... lompat bas ... dummm!! .. hehehe .. punyer lar kuat semangat nak balik ... :p sampai ma g ambik .. Thanks ma,... u are wonderfull ma... love u ... :) Tenang aser duk kat k.g ... nak study rasa makin semangat .. kalu stress cubit jew pipi syirah tomey-tomey ...semoga cepat sembuh cik nuha, be strong cayang ... ma pun demam selsema.. hopefully, ma cpt sembuh... to my beloved mak .. semoga sihat sentiasa ... exam da 3 jew lagi .. pastu kawad kehormat n CUTI ... :)  .... 

kakakku ...
K.Long: semoga nuha cepat sembuh ...
Cik lah: semoga lulus temuduga ...
Cik dah: exam 0h exam ....

kehidupan adalah satu perjalanan bukan destinasi ... :) good luck ...





Tuesday, April 26, 2011

Tentang apa? ...

Kehidupan ini sering menuntut kita untuk bersabar dalam melalui setiap ujian yang mendatang kerana tanpa kesabaran seseorang akan mudah marah, mengeluh dan berputus asa dalam kehidupan. Perasaan negatif ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan hari-hari yang sepatutnya terisi dengan keceriaan. Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi dikesempatan ruang yang ada adalah sangat merugikan kalau berlakunya pembaziran masa. Sekadar mengingatkan diri agar tidak terus terleka. Masih banyak yang perlu dipelajari dan dilakukan. Tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar,

dan bakal guru adalah amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin. 
Ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dilalui hari ini. Kebiasaanya hari selasa perhimpunan unit beruniform diadakan. Kelihatan langit mendung namun sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari ketidaktahuan akan cuaca yang mungkin terjadi. Perhimpunan hari ini agak kelam kabut mungkin kurang persediaan. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya !!!!! masing-masing kelam kabut mengenangkan laptop dan folder masing-masing. Maka berlari-lari anak lah menyelamatkannya dengan kebenaran pegawai bertugas ... Hari ni patutnya kawad kaki. Terselamatlah saya yang memang tak brape gemar berkawad ini .. :p 
Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik walaupun ditimpa hujan yang jatuh ke bumi. Best dapat main ujan... :) like this... walaupun mungkin ramai yang tak suka kena ujan. Tapi dari positifnya saya tetap sukakanya... 


     

Tuesday, April 12, 2011

Lirik Lagu Wau Bulan

Lirik Lagu Wau Bulan 
   (Lagu pendidikan kanak-kanak)


Ooo... wau bulan,
Ooo...wau bulan, 
Ooo.. wau bulan teraju tiga,
(Ulang 2 kali

Ala ikan, ikan duyung
badan ikan, kepala manusia 
(Ulang 2 kali)



Syukur

Kesibukan ini datang di saat aku memerlukannya .... Alhamdulillah .... 


13/05 - Amali Bm 


14/05- Hantar KKBI Anatomi Pj 


19/05- UAK HE 


20/05- Hantar KKP PN 


27/05- Folder HE 


... terdekat amali Kibod .... tak tau lar camner ... moga adanya keajaipan .. hehehe .. dush ... 

Monday, April 11, 2011

harga sebuah pengorbanan

Suatu hari, kelihatan seorang wanita termenung dihadapan sebuah tasik yang cukup tenang. sang bayu menyapa pipinya lembut. Tiba-tiba setitis demi setitis air matanya mengalir dipipi. Matanya memandang tasik yang jernih itu tanpa berkelip. Dahulu, tasik ini pernah menjadi tempat teristimewa dalam kamus perjalanan hidupnya. Kertas putih yang digengam kelihatan sedikit berkedut. Hatinya kian gusar memikirkan musibah yang melanda sejak akhir-akhir ini. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berlari-lari ke arahnya. Lantas tangan wanita itu sepantas kilat menyapu mutiara jernih yang masih bersisa. Resah yang mengcengkam disembunyikan jauh di sudut hati. Mama, si kecil itu menarik-narik tangannya menuju ke arah penjual airkrim.............. 

Abang nak Ima tandatangan borang ni, kalau tak kita bercerai .... 
Wanita muda itu terduduk,.. hatinya dihiris sembilu yang tajam. Tanpa diduga 10 tahun kebahagiaan perkahwinannya akhirnya musnah sekelip mata. Walaupun dugaan demi yang ditempuhi ini bukan senang wanita ini tetap kuat. Hajat suami dituruti tetapi dengan satu syarat ... Si Suami mesti berkahwin selepas sebulan .. Wajah wanita ini semakin hari kelihatan semakin pucat, tubuhnya semakin kurus.. 

Semua syarat yang dikenakan sanggup suaminya turuti,.. pada hari pertama isterinya membuat satu permintaan walaupun anih tetapi suaminya tetap menuruti.. Abang, boleh tak kalau kendong Ima macam kita mula-mula kawin dulu setiap hari naik tangga ke bilik atas ... Ima tak larat....Si suami keesokan bercerita mengenai permintaan si isteri kepada kekasih hatinya, mereka ketawa .....

Setiap petang wanita tersebut akan memeluk dan menemani anaknya ketaman berdekatan dengan rumah mereka. Sambil berjalan kepada si kecil itu diusup penuh kasih sayang ....kata-kata berupa nasihat seringkali berkumandang menghiasi bibir pucatnya ...

Rutinnya berterusan. Setiap malam akan mengendong isteri ke tingkat atas ... semakin hati dia dapat merasakan isterinya semakin ringan ... dan semakin ringan .... setelah beberapa hari, hatinya mula ragu-ragu dengan keputusannya untuk bercerai .. Hatinya kembali tergerak untuk isteri yang pernah dicintainya ... 


Friday, April 8, 2011

tak semuanya indah

HHidup Tak Menarik Tanpa Ujian dan Cubaan ... 

Bayangkan.. hidup yang kita lalui ni tanpa MASALAH.. Seronok ke?.. tak kan .. sekurangnya bila ada masalah kita boleh buat sesuatu untuk selesaikannya.. hehehe... tak perlu fikir banyak-banyak just simple-simple je .. contoh kalau asigment tak siap lagi pengelesainya kena buat lar,... just buat .. jangan merumitkan keadaan ... kalau tak siap lagi besar masalah lagi seronok ... macam main susun-susun puzzle ... akhirnya siap .. tapi jangan sampai ada yang terhilang dah lar ..

Stress melanda ... positif-positif-positif .... :) hehehe ... 

Thursday, April 7, 2011

bila aku sudah tiada ...

- Hujan -
 Bila Aku Sudah Tiada Lirik 

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

p/s: kadang-kadang kita terpaksa pergi .. bila tiba masanya... 


kesedihan


setiap manusia tidak akan dapat lari dari kesedihan ..bila bersedih sinonim dengannya ialah air mata ... 
setiap kali ingin menangis berdirilah dalam hujan kerana semasa itu tiada siapa mampu melihat kamu menangis .... kadang-kadang tangisan itu khusus untuk diri kita .. bukan untuk ditujukkan pada orang lain ... macam-macam cara meredakan penderitaan .. selain berdiri dalam ujan, baca novel sedih2 ,.. or tengok citer sedih2 .. supaya lege sikit aser .. try lar ... insyaAllah berkesan ... :) hehehahaha ...

Wednesday, April 6, 2011

Kisah Cinta Laila dan Majnun

sebuah kisah cinta diantara Laila dan Majnun 


Al-kisah, 
Pada suatu masa dahulu terdapat sepasang kekasih yang saling mencintai.. 
iaitu Laila dan Majnun 
kecantikan menjadi igauan setiap jejaka.. Sehingga pada suatu hari berita tersebut sampai pada pengetahuan seorang pemerintah muda.. Bagi pemerintah muda ini dia memiliki kuasa, kekayaan tapi untuk melengkapkan lagi kewibawaannya dia memerlukan seorang pendamping yang cantik serta menawan seperti Laila......... Maka keluarlah para pembesar mencari gerangan yang bernama Laila di segenak pelosok negeri untuk di pinang... namun sekian lama mencari tidak ditemui .. sehingga mereka hampir berputus asa.... sampai suatu ketika akhirnya Laila mereka ketemui .. 




Pembesar dan rombongan itu menyampaikan hajat pemerintah muda itu kepada Laila .. seketika laila berdiam diri memikirkanya .. akhirnya laila menetapkan keputusannya untuk menolok pinangan tersebut.. para pembesar mula khuatir akan penerimaan pemerintah muda itu.. mereka cuba sedaya upaya untuk memujuk laila menerima pinangan tersebut kerana bimbang dengan kemurkaan pemerintah muda.. Laila tetap dengan keputusannya.. hati, kasih dan sayangnya hanya untuk lelaki yang bernama majnun...


Lalu, setelah dipujuk masih tidak dapat mengubah pendapat laila maka pulanglah rombongan meminang tadi dengan perasaan hampa dan kebimbangan kemurkaan pemerintah muda.. 
maka, salah seorang pembesar yang paling lemah lembut dalam perlakuannya di pilih untuk menyampaikan keputusan tersebut sebaik munkin. ... dan akhirnya berita disampaikan ..


Pemerintah muda itu tidak murka tapi timbul perasaan hairan .. apakah kekurangannya sehingga ditolak oleh gadis yang bernama laila ini ... maka di memerintakan pembesar tadi memanggil laila dataang mengadap bukan untuk dimarahi atau dijatuhkan hukuman tetapi dia teringin memlihat sendiri gerangan yang berani menolaknya .. Laila pun datang mengadap,.. lalu ditanya pemerintah muda kenapa dirinya ditolak???? 


jawab laila di mencintai seseorang ......


siapakah gerangannya .. pemerintah negeri manakah??? lebih kaya, berkuasa dan tampankah dariku ??


Laila berkata, lelaki tersebut bernama Majnum.... 






Maka keluarlah sekali lagi para pembesar mencari lelaki bernama Majnun di setiap pelosok negeri .. dan akhirnya ditemui dalam kelompok satu kumpulan kabilah.. setelah tercari-cari akhirnya berjumpalah mereka dengan majnum .. namun masing-masing terkejut cicak .. cek, cek, cek ... inikah majnum !!! ...


dibawalah majnum berjumpa dengan pemerintah muda ... 
maka terkejutlah juga dirinya ... 
majnum yang ada didepannya mempunyai rupa yang sederhana, tidak berharta... 
berpalinglah pemerintah muda ke arah laila .. apakah yang istimewa tentang majnum ini laila ?... sedangkan aku yang punya segalanya ditolak oleh mu ... 


Wahai sultan yang di kasihi .. keistimewaan majnum... umm... 
pandanglah majnum dari kaca mata saya kamu akan jatuh cinta padanya.....
pandanglah majnum dari mata saya kamu akan melihat kelebihannya ...... 

Tuesday, April 5, 2011

aduhai kibodku

WOW!! itulah reaksi kebanyakan adik-adik yang saya temui apabila melihat kakak-kakak bm membawa kibod ke bilik muzik .... :) berat kibod ni dalam 6 kilo, mesti dibawa menaiki tingkat 4 setiap hari isnin atau rabu bergantung pada situasi ... hehehe .. kadang-kadang nak seyum jugak ... diorang mesti ingat best n mudah jew nak belajar kibod gemuk ku itu .. tapi hakikatnya tak sesenang yang dililhat ... kena bermula dari asas almaklumlah langsung x ada basic... masing-masing bermula dari kosong .... omputih kata zero .. seerti dengannya ..

Sebab saya tahu bukan mudah jadi apa yang saya pelajari mai lar kita sama-sama belajar ...
step-by- step ... biar lambat asal paham ... kalau tak tau tanya !! tapi kalau tahu kongsi ... ni satu cara saya untuk berkongsi apa yang saya tau .. salah silap harap di tegur ... proses belajar lagikan ..entri ni hanya sebagai pengenalan kepada satu demensi pengajaran ... entri seterusnya kita akan sama-sama belajar ... :) 

Monday, April 4, 2011

~~ JOHOR dan MELAKA ~~

selesai sudah !!! :p

Alhamdullillah.... setelah bersengkang mata, menumpahkan tenaga, mengharungi cabaran yang menimpa akhirnya segalanya telah selesai dengan selamatnya... sangat seronok... ada pepatah inggeris mengatakan " succses is not a destination but a journey" .... so .. hidup ini satu perjalanan bukannya destinasi ... setiap hari yang kita lalui adalah berbeza daripada hari-hari sebelumnya ... apa yang nak dikongsikan ialah pengalaman sepanjang menjalani program lawatan berBIG ..saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk melaluinya. ... 
Firstly, .. thanks to IBU ..


Perancangan untuk mengadakan program ini mengambil masa yang agak lama.. 
walaupun terlalu banyak halangan yang terpaksa ditempuhi syukur sangat segalanya telah selamat n berlalu dengan jayanya ... tahniah PISMP BM yer ... 
perjalanan bermula dari negeri Terengganu pada pukul 3 petang... setelah berkumpul di depan alfarabi kami memunggah segala kelengkapan yang akan dibawa ke dalam BAS .... :) 


sesampai di JARO ... makan-makan time ... yummy2 ... sedap jugak ubi kayu dengan sambal bilis yang agak pedas .. tapi saya tak biasa lar .. makan sikit jew coz pedas sangat ... :p ... kami berkenalan dengan golongan kurang upaya (OKU) yang berada di situ sebelum beraktiviti .. apa yang saya cari adalah pengalaman dan intipati hasil garapan program ini... masing-masing kelihatan teruja .... apa yang paling saya tersentuh ialah?... pernah tengok tak citer one liter of tears... citer yang sedih tu.. tentang seorang remaja berusia 15 tahun yang menghidapi sejenis penyakit melibatkan saraf .... try lar tengok citer nie sangat menarik ....
salah seorang oku yang ada kat situ sakit sama cam dalam citer tu .... saya sangat tersentuh.. terutama masa dia nak terangkan sesuatu.. nampak kesungguhannya .. mula-mula dia try cakap pastu mungkin dia tau saya tak faham dia tulis kat kertas .... umm.... insafnya sy.... 


antara program yang diadakan ialah SENAMROBIK, PERTANDINGAN MEMBUAT SANDWICH, DAN PERMAINAN TARIAN ... 
tahniah semua !!! aktiviti yang diadakan memdapat sambutan yang sangat menggalakkan dari warga JARO ... mereka sangat bersemangat .... kekurangan yang dihadapi bukan satu halangan .. 
Saya bertugas di bahagian pertandingan sandwich ... meriah sangat ... :) 
setelah selesai aktiviti-aktiviti yang dirancang .. giliran kami pula untuk belajar dari mereka ... kegembiraan yang kami dapat sukar diungkapkan  untuk dijadikan kata-kata ... mereka yang berada disini sangat tekun, ..tiada istilah mengeluh atau berputus asa .. 


maka sebagai insan yang bernasib baik .. bersyukurlah sentiasa ... ingat tu ... kalau nak citer macam-macam yang nak dikongsikan ... tapi seringkali kesuntukan masa mengejar-mengejar ... esok ada test untuk anatomi :) jangan mengeluh .. cuba yang terbaik .. ingatkan diri supaya tidak terlupa ... 


seterusnya pada waktu petang .. kami bertolak ke Melaka untuk melawat sekolah Henry Gurny pada hari jumaat .... kat sini memang banyak memberi kesedaran kepada kami .. sebagai seorang bakal guru hal ini sangat penting .. setiap yang berlaku perlu dirawat dari akal umbi... 


nak tulis lagi !!! nak tulis lagi !!! tapi tak sempat dah .. next time lar .. 


 





Monday, March 28, 2011

~~ selamat ulang tahun iz-h- ~~


Caritanya bermula sedemikian ini ....
Pada suatu hari, terdapat lima sekawan ke Kuala Terengganu.. katanya ingin membeli barang-barang sebagai persediaan untuk ke JARO pada hari rabu nanti. Maka dengan gembiranya berangkatlah mereka-mereka ini semua dengan riang gembira.... !!! mereka berempat telah merancang sesuatu untuk mereka berLIMA.. maka  .... sesampai di pertengahan jalan mereka berempat menurunkan mereka berLIMA dan mereka berempat di GIANT ... mereka bersatu, dua, tiga, ,  pun pergi mencari kejutan untuk mereka berlima ..... selepasitu, mereka berlima dan mereka berempat berada di giant seketika .. mereka bersatu datang dan membawa mereka berlima dan berempat ke mcDonald.... 

maka BERMULA KEJUTANYA ..... 

order makanan dlu .... yummy2 .... hehehe ...sodapnyer ... mula2 taknak makan, tp bila tengok burger to0 cam sodap ajer makanya makan lah jugak ... bila pegang makanan to0 berpusing-pusing mata mencari cik aina n cik ct... pyza  kat mana diorang nie... pusing2 mata skit ... hahaha... adush .... cik ct n cik aina buat pew to0?!!!!... hehehe .. sweet moment ... mekasih .. sebijik kek atas meja ... WOW!! hahahaha...... love u all.... 


to: SITI, WANI, PYZA N AINA  tQ so much .... 

Thursday, March 24, 2011

Masa Berasgment



KRITIKAL !!!!
Sekarang musim asigment sedang bermaharajalela ... 
bunyi-bunyi printer bekerja merupakan muzik terhebat ... hehehe ... 
bilik-bilik terang benderang sehingga jam 4-p pagi. 
Mata pun kelihatan lebam-lebam ...
 biasanya setelah semalamnya bekerja keras pagi-pagi lagi kena 
bangun untuk binding tapekan asgment di koop.. 

tugasan tersebut akan dihantar kepada en K.u atau cik P. K. U .. terima kasih yer .. 
jasamu ku kenang .. hehehe ... 
setelah bekerja keras akhirnya tugasan tersebut berjaya dihantar kepada yang sepatutnya.. 
Alhamdulillah !!! selesai sudah .. asgment BM KOM, PJ PBS, H.E telah selamat dihantar.. .. kepada rumate & wani  merangkap ahli group tQ sangat-sangat ... 


minggu depan tugasan yang perlu dihantar ialah BM pemulihan serta menyelesaikan BIG kami yang akan dijalankan di J.A.R.O ... macam-macam pengalaman yang kami timba sepanjang proses untuk ke J.A. R. O ... camner eik kat sana nanti ?... harap semua berjalan lancar ... :)  pe pun
 keep smile ...sucsses is not a destination but a journey .. so, .. hidup ini adalah satu perjalanan yang mana kita kena belajar menerima apa saya kemungkinan dan apa yang berlaku dengan fikiran yang terbuka dan tidak jumud ... 

ok lar,... bm time .. !! :) 

Thursday, March 17, 2011

Persahabatan











persahabatan indah andai
bersulamkan keikhlasan ..
bertunjangkan kebenaran ..
berasaskan islam .... 

Persahabatan itu kukuh andai 
dipasak dengan kesetiaan ..
disuburkan dengan baja gurauan ..
dicantumkan dengan pengalaman ....

Persahabatan itu menarik andai ...
janji dua hati itu tidak dicemari dengan hasad dengki
prangsangka serta iri hati ...

Persahabatan itu kekal..
andai dua hati yang berjanji saling menepati..
tidak ada istilah mengkhianati, menghindar atau lari ..

persahabatan yang pergi ...tak akan kembali ..
terutama yang disakiti .. kerana persahabatan sebenarnya terlalu indah ...
andai terhempas, ibarat kaca nipis serta halus yang jatuh ke batu ..
serpihannya bertebaran .. sukar ditemui ... hilangnya tiada lagi ganti ...


Pulau Pinang



Ilmu tidak akan bertambah kalau tak dicari

Dari Terengganu ke Kelantan ke Kulim Kedah ke Pulau Pinang Pulang ke Kelantan dan ke Terengganu  ....






cuti-cuti MALAYSIA ... hehehe ..
selepas je berjaya menamatkan PBS kat SK Bintang pada hari Khamis terus  bertolak ke Kota Bahru (KB) .. mengikut perancangan awal kami (kredit penuh untuk m.cik Yah, P.cik Mat bawak saya gi jalan-jalan) betul kata orang-orang tua jauh perjalanan luas pandangan ... kalau nak ikutkan penat memang penat.. ye lar, seminggu berPBS ... tapi setelah ditimbang tebalik akhirnya  jitu keputusan untuk ke P.Pinang dari jumaat sehingg ahad .. 


Pagi jumaat dimulakan dengan perjalanan ke Kulim kedah .. berhenti rehat dan makan-makan .. pastu teruskan perjalanan n berhenti utk p.cik mat solat jumaat ... sampai kedah dalam kul 3 ptg ... . best... 



Sabtu g P.Pinang ... mula-mula naik feri,... lama dah tak naik feri nie ... hehehe ... cantik n tenang jew ... sempat lar ambk udara sejuk-sejuk masin to0 .. kih2 ... ada ke udara sejuk-sejuk masin ???? .. tak da eik... :) pastu perjalanan diteruskan ker Bukit Bendera .. tapi malangnya tak leh naik coz tak siap sepenuhnya lagi ... keciwanya !!!! huhuhu .. DUGAAN .... pastu teruskan perjalanan ker Taman Bunga,...  naik kereta api kecik .... bro0mmmm ..... keliling-keliling taman bunga, ada gak pengantin ambik gambar kat taman to0.. nice jew tgk .... :) ..Penat kat taman bunga maka kami teruskan perjalanan merentas jambatan pulau pinang menuju kerumah cik na di Alma .... duk jap, makn2 n sembang2 pulang ke KUlim .... petang to0 g umah k.ton kat tasik gelugur kejap ....


Pagi-pagi SABTU ... bertolak pulang ... sempat singgah kat Bukit Bunga beli KURA-KURA kat syirah ... :) 

Wednesday, March 16, 2011

UJIAN !!!

Setiap ujian yang datang ..
cubalah hadapi dengan tenang ..
agar semuanya dapat ditangani dengan senang
dan akhirnya kita dapat tersenyum riang ...
menghadapi segala yang mendatang ..

kegembiraan pasangannya kesedihan ..
kehidupan tanpa kegembiraan ataupun kesedihan tidak akan lengkap ....
kerana keduanya saling memerlukan ...

Asigment nie ujian kew untuk kita? ..
yer!!! pakejnya bersama kesibukan bertali temali
ujian untuk menguji kita sama ada lalai atau tidak ..
sama ada berjaya atau gagal ...
sama ada SIAP atau TIDAK ...
Rajin-rajinkanlah diri yang kian malas ..
kalau tak mampu buat semua pastikan siap separuh-separuh ...
Malas tidak membawa kejayaan melainkan kemudaratan

Andai ada masa kita rasa PENAT katakan pada diri ada lagi yang lebih penat dr kita ..
Ketika kita membazir masa ingatlah andai sudah tiada masa untuk kita..
Yang berlalu adalah SEJARAH ... yang mendatang adalah KHAYALAN dan IMPIAN, yang realiti adalah SEKARANG..untuk merealitikan khayalan perlukan impian dan usaha masa sekarang agar menjadi sejarah silam yang boleh dibanggakan ..:)

Mengingatkan diri agar tidak terlupa :) 

Tuesday, March 15, 2011

BEDAK SEJUK !!!



RESEPI NENEK

Cara-cara membuat bedak sejuk secara tradisional  ... sememangnya tradisional ..masa kecil-kecil dulu selalu tengok nenek saya buat bedak sejuk ni.. memang agak rumit  ... tapi asli ..

Langkah 1: sediakan beras jemah, air, dan satu baldi ..
Langkah 2: rendamkan beras tadi dalam baldi yang disediakan dan pastikan airnya ditukar setiap hari   untuk mengelakkannya berbau.. selama 40 hari .. 
Langkah 3: Rendamkan sehingga beras tersebut hancur, kebiasaanya selepas 40 hari ia akan lembut dan hancur dengan sendirinya ... 
Langkah 4: Tapis, ambik patinya dan jemur... buat bentuk mengikut kesesuaian ..
Langkah 5: Jemur, dan masukkan daun pandan utk mewangikannya 
Langkah 6 : siap!!! :) 


Tuesday, March 8, 2011

Kesayuan itu


Dia .... wajahnya tulus...
Matanya redup memandang ...
sayu menusuk segenap kalbu..
pancaran itu penuh dengan segenap harapan ...
Ya Allah.....

Jiwa tersentuh,...
Usahanya terlalu telus...
terkial-kial tangannya diangkat-angkat..
satu persatu dikira..
bibir mulus itu terkumat kamit menyelesaikan ujian itu..
tapi ........ dia tidak mampu...
yang tinggal hanyalah sisi-sisa kudratnya untuk berusaha ...

Terus gigih berusaha walaupun yang tinggal hanya dirinya seorang ...
teguh menghuni bangku kayu itu ....
hati ini meronta-ronta ....

Andai aku bisa membantunya ..
tanpa ragu tangan ku hulur ...
namun aku tidak mampu...
memandangnya dalam diam ...
mungkin saat itu aku hanya memandang kosong ..
kerana itu adalah caraku untuk membantunya ...
agar dia menjadi insan yang terus berusaha ....
hanya doa yang mampu ku panjatkan agar dia menjadi insan berguna suatu masa nanti ... :)

Saturday, March 5, 2011

Khas untuk teman-teman yang akan berPBS ..




Bukan senang nak jadi CIKGU ...
Panggilan keramat untukmu guru

Siang malam berkhidmat tanpa rasa penat..
Ada masanya tak cukup rehat ..
Tapi bahagia bila ada ramai peminat ..

Murid kecil itu memerhati,
Gerak langkah cikgu diteliti ..
satu persatu dipandang rapi..
bukannya apa cikgu itu idola hati ..
nak dijadikan ikutan nanti ...

Cikgu pening bila disoal itu ini,..
tersenyum tanpa rasa jemu...
soalan itu dijawab satu persatu,..


Cikgu pakai baju baru ke?
Kenapa kasut cikgu itnggi?
Cikgu kenapa bulan warna kuning?
cikgu nak itu.. nak ini ...

Tapi soalan popular masa PBS..

CIKGU BILA NAK MASUK KELAS SAYA??????
CIKGU LAMA KE  DATANG SEKOLAH ni ???
CIKGU ITU .. CIKGU INI.. CIKGU ITU... CIKGU INI... HEHEHE


kepada teman-teman yang akan berPBS .. saya ucapkan selamat berPBS ... jangan lupa untuk sentiasa senyum :) bersabar dengan kerenah budak-budak kecik itu... hehehe.. coretkan pengalaman terindah bersama di sekolah ... walaupun singkat ini peluang terbaik untuk kita memahami dan merasai realiti sebenar sekolah ... aja-aja fighting .. :) apa nak jadi yer esok???

JIka

Jika semalam telah ku tinggalkan maka hari ini aku berpeluang mengoreskan pengalaman hasil kejutan .. setiap hari adalah berbeza dan tidak mungkin sama....yang penting cari peluang atasi masalah bukan cari peluang lari dari masalah .. Sebagai manusia biasa mungkin kadang kala kita alpa tetapi kita tidak boleh lupa untuk bertaubat semula... kesempatan yang ada perlu kita guna, supaya di masa depan kita tidak merana... :) p/s: paham ke tak nie???? .. hehehehe 

Thursday, March 3, 2011

Menunggu Hari Esok ..

Perhatian: 
Berikut merupakan senarai tugasan yang perlu diselesaikan oleh saya dan PISMP BM, 

BM KOM: -
BM PEM: KKBI 
PJ            : ANATOMI-KKP (TUGASAN 1 DAN 2)
                  PBS (UKUR BERAT DLL)
MZ:           CARI TENTANG TOKOH
                  LENGKAPKAN FOLDER TENTANG KEYBOARD 
HE:            KKP 


TUGASAN KHAS: PROJEK INOVASI 

Jangan lupa yer kawan-kawan ingatkan diri agar tak terlupa .... selamat bercuti dan berPBS 



Wednesday, March 2, 2011

Bernafas Seketika


02 MAC 2011
RABU 

Selesailah sudah minggu tekanan..ditamatkan dengan perbarisan rumah sukan beratapkan langit yang berhiaskan mentari pukul 2 ptg... bayangkanlah,.. panas mentari ni pun kita dah tak tahan .. macam mana di akhirat kelak ... umm,.... renungkanlah,... 

Semalam sempat menghadiri usrah/kozoku minggu bertempat di DUO... kredit penuh untuk adik-adik naqibah yang berjaya membawa kelainan dalam penyampaian kali ini... Usrah semalam bertajuk Saqaratul maut .. sememangnya menginsafkan .. tp bagi yang agak penakut sampai tak leh tido agaknya.. hehehe .. sketsa yang diadakan mantap.. pengisian bagus.. yang penting masa tepat .. awal mula awal habis .. tahniah .... sangat baik, like-like .... :) 

Hari-hari yang ditempuhi mesti dimulakan dengan fikiran yang positif, ..setiap masalah perlu diselesaikan.. aja-aja fighting ... :) yang penting teruskan senyum .. satu terapi dan sedekah... hehehe ...
Esok dah boleh balik umah selepas dah lama x leh kelik.. kepada kawan-kawan yang dah balik semoga selamat sampai yer .. dan slmt berPBS ,..  dan selamat cotie2 .... :) 

Tuesday, March 1, 2011

Kesibukan itu Indah


1 MAC 2011 

Kesibukan itu Indah,
Andai diisi dengan perkara berfaedah ..
dilakukan  dengan hati yang ikhlas,..
tanpa mengharapkan ada yang membalas ...


Ada yang cakap nak jadi Cikgu ni mudah.... Tapi mudah ke?... mereka yang tidak melalui tidak akan tahu ..
Tanggungjawab yang terpikul dibahu bukan perkara enteng,.. bukan perkara main-main... ianya amanah yang perlu dilaksanakan... tugas ini perlu dilakukan dengan ikhlas ... seorang guru perlu mencintai bidangnya ini tanpa ada belah bagi.. kerjayaan ini perlukan orang yang betul-betul MAHU... bukan dipaksa... kerana seorang guru akan membentuk beribu-ribu insan .... 


Tiap kali kepenatan dan kesibukan melanda.. ada hati-hati yang terlena terutama bila "stress" melanda.. mulalah ada yang marah-marah tak semena-mena.. bercakap mengikut emosi yang terlontar.. dek kerana kepenatan yang ... ada yang mudah terguris hatinya, adapula yang membengis tak kira masa ... 
Tapi kita biarlah yang jadi penenangnya kerana kita faham apa yang sedang dilalui .. kerana kadang-kadang kita juga dibuai rasa yang sama ... banyakkan bersabar, teruskan tersenyum ... jadilah orang yang tenang .. positifkan diri.. lalui hari-hari dengan kegembiraan yang kita ciptakan ... 

Kalau nak diikutkan penat tiada apa yang kita dapat .. ikutkan rasa binasa ... ikutkan hati mati .... :) jadi ikutlah akal serta rasional ... keep smile ... ketika penat pandanglah langit, ukirkan rasa .. biarkan ianya hilang mengikut edaran masa .... kesibukan ini amat indah,.. hilang masa memikirkan masalah ... yang ada cuma mengatasinya .. mengharapkan esok lebih baik dari hari ini .... :) Ya Allah, kuatkan diriku ... Ya Allah ku mohon padaMu agar diberikan kesihatan yang baik agar dapat melalui kesemua ini ...  pejamkan mata.. lupakan seketika segalanya... dan ingatlah kepada maha pencipta .... semoga ketenangan menjadi milik kita ....


Monday, February 28, 2011

Be Strong ...

28 FEBRUARI 2011 
ISNIN 


PAKEJ HARI YANG SANGAT PADAT 

Pagi macam biasa kuliah,.. dan da beberapa kejutan yang membuat semua terkesima .. hehehe apakah itu?? ... biarlah rahsia. setelah melalui pagi yang sejuk-sejuk dingin petang pukul 2 taklimat PBS selama 1 jam ... Taklimat tersebut berkisar tentang perjalanan yang akan kami tempuhi sepanjang menghadiri PBS nanti.. penerangan diberi oleh Encik Ghazali.. seterusnya,.. selepas selesai aja perjumpaan tersebut berlari-lari anak ke padang ... berada di padang sehingga pukul lima  n balik solat asar dan turun kembali ke padang ... pukul 6 berlatih kawad persediaan untuk unit uniform.... pastu berlari ke cafe beli makanan buka pose .. pastu siap-siap present pukul 8 -9... lepas tu.. bru leh rest kejap ........ huhuhu ... be strong ... 

Sunday, February 27, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H ~~

27 FEBRUARI 2011
DEWAN AL-FARABI


RASULLULLAH KEKASIHKU 

Setelah dimaklumkan mengenai sambutan maulidur rasul ini maka macam biasa pagi-pagi saya dah ke tapak perhimpunan dengan kawan-kawan saya. Sambutan hari ini dimulakan dengan perarakan selawat oleh pensyarah, murid sk, dan pelajar IPG. Kebanyakan memakai baju melayu, manakala yang perempuan berbaju kurung seperti biasa. :) Perarakan dimulakan dari tapak perhimpunan ke pintu masuk TELTRAC dan jalan raya diawasi oleh KRS. Keredupan langit seolah -olah senang dengan situasi ini... renungkanlah... 

Setelah sampai di Dewan Al-Farabi, satu ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Dr Ahmad Bazli Bin Syafie.. ceramah beliau menyentuh hati saya .. terdapat banyak input yang disampaikan dan amat berguna dalam membina diri untuk menjadi mushid, muaddib, mua'lim, dan murabbi yangberkesan. umm... tajuk ceramah yang disampaikan pada hari ini ialah Nabi Muhammad (S.A.W) sebagai guru yang agung .. dalam masa yang sama ceramah ini menekankan mengenai isu-isu semasa .. 

MURSHID UMPAMA RUMAH API, SEKIRANYA LAMPU ITU PADAM, TIDAK TERANG DAN BERUBAH-UBAH MAKA KAPAL AKAN KARAM DI LAUTAN 


Sebenarnya terdapat banyak lagi maklumat yang disampaikan.. tapi di sebabkan kekangan masa yang saya hadapi mungkin lain kali akan disambung lagi ... sekian terima kasih ... 


Memori: ke Jom Heboh ... Love it ....




Pengalaman adalah guru yang paling baik. ... sama ada bersetuju atau tak bagi saya itu yang paling tepat. Pengalaman memberi kita peluang untuk mempelajari, memahami, merasai dan lebih mengerti. Tak cukup sekadar mendengar dari yang lain, seeloknya rasai sendiri.. TAPI ingat carilah pengalaman yang diredhai Ilahi,.. jangan pulak pengalaman yang tak elok-elok.. Jaga diri baik-baik... pesanan ini untuk kita, saya mengingatkan diri juga agar tak terleka di buai kesyahduan mimpi dunia. 

Pengalaman hari ini berbeza sangat .. lain dari yang lain.. setelah direnung -renung.. saya pelajari sesuatu yang bernilai dan hanya yang mengerti memahaminya. .. semalam kami dah ke Hutan Lipur Sekayu  dan hari ini pula kami ke Jom Heboh tapi dengan situasi yang berbeza dan mencabar. .. Kalau nak diikutkan boleh-boleh aja naik kereta atau motor, namun setelah dicadangkan idea ke Jom Heboh naik bas maka bersetujulah kami berenam ... hehehe.. memang kelakar,.. bayangkan masa tunggu bas tapi jalan raya semua orang pandang dua kali.. adush!! naik segan juga.. (rupanya macam ni perasaanya) ... 

Cerita atas bas pulak... bas dah macam sadin atau iklan milo PADAT... huhuhu.. dari sini sampai K.TRG memang berdiri... penat semalam pun belum hilang.. tapi demi mengejar guru yang bernama pengalaman kami pun kukuhkan azan.. sampai depan SESMA... cam kenal ajer budak kecik yang pakai spek tu ... !!!! ALAMAK ! ,.. adik saya to0 .. hehehe.. jejak kasih lar pulak atas bas ni... tak janji pun nak jumpa... destinasi kami sama iaitu JOM HEBOH ... hehehe .. begitulah pengalaman ... dalam menyelusurinya seringkali tersedia bersama pakej KEJUTAN,... mungkin bas ni padat sangat kut, .. yang naik kereta pandang semacam jer.. hehehe.. nak gelak pun ada,.. mesti diorang terkejut ni... (dulu masa naik kereta tak pernah pun terfikir macam mana lar keadaan orang naik bas) ... Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk merasai pengalaman ini .. terlalu bernilai, terutaman untuk saya sendiri lar,.. memang sebenarnya saya dah biasa naik bas cam gini ..tapi pengalaman ni berbeza dari sebelumnya.. kerana setiap pengalaman tu memang lain-lain lar .. :) 
Sesampai aja kat bus stop.. masing-masing bersyukur, dan saya cari adik z dlu lar.. kena temuramah sikit.. hehehe.... lama tak jumpa budak kecik ni,.. tu teringat semacam ajer kat dia ... setelah cakap-cakap kejap saya pun teruskan perjalanan ke Jom Heboh,.. macam-macam gelagat orang yang ditemui.. fesyen pun macam-macam.. umm,... 

Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat.. orang terlalu ramai, udara pulak panas sangat-sangat,.. tapi kuatkan kaki supaya boleh lagi berdiri. hehehe. .. sampai ajer satu tempat tanya-tanya soalan kawan-kawan saya pun naik jawab.. tapi saya tak tau... mula-mula ,Astera  pastu  Akira, Eyena, ieQa, ,... tingal saya dengan Hawani ajer lagi... GEDEBUK !!!! diorang tolak... hehehe .. lawak-lawak.. solan yang ditanya ialah program pagi di tv tiga iaitu MHI ...nasib budak-budak ni bagi jawapan betul.. dapat pen sebatang (BULETIN UTAMA) ... mekasih kawan-kawan love u all .... seterusnya giliran wani lak,.. kena tolak jugak... hehehe.. maka kami berenam semua dapat hadiah.. bila dah dapat kami pun lari .... hehehe 

Setelah penat pusing-pusing maka kami pun lapor .... huhuhu ... pergi makan bihun sup (RM5).. mahalkan..rasa pun biasa-biasa ajer.. tapi syukurlar masih boleh makan ... :) ... pas makan baru boleh beli barang-barang ... gogogogo.... dari jauh dah dengar kedai-kedai yang memanggil-manggil ... 3 lima henge2 ... adush... kuatkan iman... :) beli sikit-sikit aja ... 

selepas siap-siap beli .. rehat jap.. pastu pergi solat zohor dan tunggu bas untuk pulang ...atas bas cita lain pulak.. kitorang duduk kongsi-kongsi kerusi .. sebagai seorang remaja kita mesti menghormati yang lebih tua :) .. perjalanan kali ini memberikan makna kepada kami ...next time boleh buat lagi ni.... kami adalah guru.. yang banyak bergurukan pengalaman.. cerita kami bersama ... :) meniti suka duka bersama-sama ... kepada yang terlibat menjayakan misi ini.. kamu semua adalah yang TERBAIK .. kredit untuk kalian ...

Sekian terima kasih ...







Saturday, February 26, 2011

memori kami ~~ sekayu Waterfall~~

Kedatangan kami disambut oleh pintu Gerbang Sekayu 

Cantikkan sungai ni.. terjaga,.. 






Minggu lepas merupakan minggu paling tertekan buat saya dan kawan-kawan... semua mesti difikir,.. asigment (tugas wajib sebagai seorang pelajar), sketsa, dan aerobik.... kadang-kadang sampai pukul 2 pagi baru boleh tidur ... setelah bermati-matian minggu lepas kami sebulat suara untuk ke Sekayu,... selain meredakan tekanan dapat juga menghayati keindahan ciptaan Ilahi.. masing-masing sangat teruja untuk ke sekayu buat kali pertama... salah sorang tu saya laer ... hehehe 




Pagi: sebaik sahaja fajar malu-malu menyinsingkan cahayanya kami dah bangun dari lena ... hahaha ... kitorang bertolakk dalam kul 8.30 pagi ke sana... masing-masing riang serta gembira.. sambil-sambil mengingat jalan untuk ke sana pada masa akan datang.,.. kedinginan pagi terasa dipipi.... ejuk nyer... :) 
Sampai aja kat sana kitorang terus KLIK!! hehe apalagi, ambik gambor lar,.. pastu barang-barang yang dibawa agak banyak, maka sebuah troli disewa dengan harga RM2 ...

Beramai-ramai dengan penuh semangat mencari tempat kami nak duduk.. akhirnya jumpa lar satu tempat duduk yang selesa dan mula lar berbakar-bakar ayam itu ... yummy2 .. sodap, ... saper cakap kitorang tak reti masak ??? .... hehehe .. kredit untuk Yaya tumpangkan umah dia utk perap memerap .. dekat jer dengan sungai tempat kami duduk tu ... Ya Allah, tenangnya .... situ, sini, sana .. ijau jew memanjang .. serius lar,... semua orang seeloknya sampai sini.. hayati keindahan anugerah Allah ni ...

Setelah penat-penat masak, JOM MAKAN ... yummy2... tahniah untuk IeQa yang sangat rajin membakar ayam itu ... mekasih yer ,.. kredit utk kamo0 .... pas siap makan kami pun cari dan cuba tangkap ikan dalam air,.. upssss... TAPI tak dapat pun... :( ... air tu habitat ikan,.. tak selincah itu untuk tangkap ikan lar ... rumah dia... x aci!... kih2... 

Petang: Kami pun jalan-jalan ... sambil nikmati kehijauan ... byk yang menarik ... cantik sangat .. :) petang siap sedia untuk pulang.. tapi ada peristiwa masa balik... van yang dinaiki 7 kali rosak .. umm.... kenapa yer??? .... entahlar....  Yang penting niat kta ke sana baik .... :) ,... pengalaman ini sangat bernilai buat kami.. .. 


Kenangan Sekayu Di Pasak Kukuh Dalam Ingatan 

Friday, February 25, 2011

Saya dan Keyboard Gemuk .....


Cerita ini berkisarkan saya dan keyboard gemuk.... hehehe .. untuk memenuhi tuntutan kursus bagi subjek muzik maka saya membeli sebiji keyboard daripada lec saya .. masa saya nak bawak keyboard ni dari tingkat 4 kawan-kawan saya yang tolong .. kredit utk mereka ... :) hehehe.... sejak-sejak ada keyboard nie .. meja study saya dah sempit .. TAPI!!!.. saya tau main satu lagu ajer... twinkle-twinkle litle star ....  nti nex time, blajar lagu lain pulak...

Masa mula-mula memang susah,.. tapi sekarang ok sikit tapi kena byk practice, practice,practice ....
ni chord utk lagu twinkle-twinkle litle star

CC GG AA G    F F  EE D GG  FF EE D GG FF EDC ...... :)


NANTI DAH PANDAI LAGU NI .. KTA BLAJAR LAGU LAIN PULAK YER .... KEEP SMILE.. PRACTICE MAKE PERFECT  











Wednesday, February 23, 2011

Keluarga Saya Adalah Sebahagian Hidup Saya .... ~~~`

NUHA 


>

I IOVE MY FAMILY 

Setiap orang diberikan peluang untuk memiliki seorang ibu dan seorang ayah ..... dan hanya 1 peluang tiada yang kedua... hidup kita sekejap sahaja,.. paling lama pun 100 tahun .. tapi SEMPAT ke? ,..... dan lama mana kita mampu berbakti pada kedua orang tua kita ? .... yeah!!1 saya sayang keluarga saya ... terutama ma & ayah.. yg tersayang Mak .... dan arwah tok ayah tetap dalam ingatan serta kenangan .... 

Nuha masa nak naik flight g sabah 
Dulu masa kecil-kecil saya selalu bergaduh dengan adik beradik... hehehe... bila ingat balik lucu lar pulak.. kadang-kadang nakal jugak dulu-dulu...ialah zaman KANAK-KANAK RIBENA.... pernah sekali saya ikut abang n kakak-kakak saya main kat tali air,.. dulu ada satu kayu yang boleh terapung.. hehehe.. masa kecik-kecik mana ingat apa-apa .. tau nak seronok ajer,.. nasib tak lemas bila kayu tu terbalik .. hehehe... kenangan masa kecil dlu adalah memori terbaik dalam hidup saya... 

Sekarang keluarga saya dah bertambah besar.... k.long & abg long dah dapat baby comel2 ... miss nuha.... tapi k.long duk jauh .. nun di sabah,.... bila lar nak jumpa nuha pulak ni...!!!  umm,.... miss u nuha... masa hari pertama nuha lahir, malam tu saya yang jaga k.long kat hospital ... teringat nuha nangis lar pulak.... huhuhu ... nuha!! .. k.long skrg jadi lec kat UMS .. abg Long pun kerja kat sabah jugak ... :) 

sekarang tinggal 4 orang jer lagi yang sedang belajar ... 3 dah kerja .. hehehe ... suka2 ... cik lah  kat nogori 9.... camner lar dia jadi cikgu kat sana.... sayang cik lah .... abg jaim pun dah dapat kerja .... :) 



- senyuman itu milik kita -


Syukur ke hadrat Ilahi ... dengan kekuatan yang diberikan segalanya berjalan lancar.. Hari ni dah dapat keyboard ... suker nyer ... terima kasih yang tolong saya bawak keybord gemuk to0 ... hehehe.. berat ngat...
Baju skuad pun dah selesai .. hehehe ... hari nie tahu pulak aerobik dapat nombor 8 ... tahniah sumer ... esok waktu untuk rest n buat kerja sekolah ... coz x da kuliah ,.... :) teringat umah lar pulak... tapi ujun minggu nie da kerja ... kena tunggu nex week lar.... huhuhu.. i miss my little insyirah so much .2 minggu lagi leh blk coz  terlibat dgn pbs... smbung dgn cuti jadinyer 2 minggu lar.. best nyerkan .. hehehe jangan jelous yer ... leh duk umah ..... tapi tugas nex wek x selesai lagi ..... kena sertai perbarisan lak .... :)