Wednesday, January 26, 2011

Kasihku Cintaku


 
Bukan sekadar menyayangi tapi aku juga menyintai
Sangat menyakitkan, amat menderitakan..
Tanganku kaku, mataku terpaku, jiwaku kosong,
Aku memandang dunia tanpa perasaan…

Sedang mereka berlari-lari ke sana kemari, tapi aku terus di situ. Darah merah mengalir laju menitis dibaju putih pemberianmu. Ada mata yang menjeling memandangku penuh simpati. Tapi tiada siapa yang datang di samping kerana mereka hanya mengenaliku sekadar  isteri pada mangsa. Aku diam di situ. Sehingga ku rasa ada tangan yang memegang bahuku. Aku seperti tunggul. Tangan itu sejuk sama seperti tanganku.
Wanita yang kukenali memeluk erat tubuh ini. Memberi  sokongan di saat aku memerlukan seribu kekuatan. Aku lemah untuk mentafsirkan situasi di depanku. Darah merah itu terus mengalir dan tubuh kecilku mengalah. Hilang kudratku untuk terus bertahan.
Hujan renyai-renyai menambah kerudupan suasanan. Seolah-olah dapat membaca kegalauan hati ini. Tidak bisa diutarakan melalui kata-kata perasaan hati yang kian berkecamuk. Demiku, suami berkorban. Aku melangkah setapak ke hadapan. Mereka yang berada di sekitar itu member laluan. Aku merangkul kepala suamiku. Aku mengucup dahinya lembut. Perpisahan terakhir antara aku dan dia. Perginya tak kembali lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan di antara kami. Satu persatu kenangan itu bermain di layar ingatanku. Berputar-putar umpama roda. Enggan berhenti dari terus mengingati.
Luka di kepala dibalut rapi. aku diminta ke satu sudut pengecaman. Tiada air mata yang mengalir tapi kepalaku kian berdenyut. Hati,jiwa,dan diriku mati di situ. Aku seolah-olah tidak memijak bumi. Hati kecil ini berdoa agar semua ini satu mimpi.

Dia suamiku, kasihku, cintaku ……..
Terdengar esakan,tangisan,dan raungan …… Aku berteleku di situ, tanganku mengusup lembut wajahnya. Tubuhnya sejuk sesejuk tanganku. Abang, bangunlar….. maafkan ana abang, maafkan ana…. abang, ana sayang abang, semalam abang kata nak ajak ana pergi jalan-jalan tapi abang pergi sorang-sorang tak ajak ana pun. Abang ana nak ikut………
Terasa duniaku gelap gelita. Masih ada esakan panjang yang kedengaran. … semua yang berada di sisi menitiskan air mata mendengar rintihan itu. Mereka yang memandang, tidak mengalami.. mana mungkin mereka dapat merasai. Hilang kewarasan akalku. aku dibawa ke sudut menunggu sementara postmortem dilakukan. Ramai yang datang memberikan kata-kata supaya aku terus berjuang. Namun aku terus melawan. Harapan ini sekadar satu mimpi ngeri dalam hidupku ini. Tiada air mata yang mengalir. Aku memandang satu sudut tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Hati kecilku masih enggan menerima hakikat perginya insan kesayangan. Mama memeluk erat tubuhku. Aku diam di situ. Baju putihku bertukar menjadi kemerah-merahan disimbah darah. Mama ibu kepada abang. Tanganku menyapu air mata yang mengalir dipipinya.
Mama,
Jangan menangis mama, nanti abang bangun… dr tu tipu. Kejap lagi ana kejutkan abang, ..
Abang tengah nyenyak tidur  sebab semalam abang tak leh tidur. Abang tolong ana kemaskan rumah. Ana suruh abang tidur tapi dia tak nak. Mama jangan nangis kejap lagi abang bangun. .. aku tersenyum ke arah mama. ..
Hati mama makin di rundung walang. Tangisan mama semakin menjadi-jadi. Aku kembali seperti tadi. menung ku semakin panjang.
Dia suamiku, kasihku, cintaku….
Selalu menghadiahkan senyuman, menghidupkan cinta, …
Bergurau senda, …. Tidak pernah meninggikan suara padaku. Hanya sesekali menegur jika aku membuat kesilapan. Tegurannya membawa keinsafan… dan aku tahu dia ikhlas menyayangi diri ini. Semalam, dia berdiri di depan gambar perkahwinan kami. Tiada yang aneh bertandang dijiwa ini. Dia tersenyum, aku melangkah mendekati…. Dia memandang wajahku lantas tersenyum lagi. Cantik isteri abang. Kata-katanya membuatkan aku tersenyum.
Dialah suamiku, kasihku, cintaku …
Ramai yang turut menangis… suamiku lelaki yang baik, anak yang soleh, sahabat setia,…. Hilangnya sukar dicari ganti .. kini perginya tidak kembali.. membawa bersama cita-cita yang selama ini digarap bersama..
Tiada lagi penghapus air mata duka dipipiku… hilang sudah tempat berpaut, bermanja,… dia temanku bergaduh, juga pemujuk di kala aku merajuk … jejaka yang menawan hatiku … kini tinggal ku sendiri teroleng-oleng dipukul angin….bagaimana harus ku teruskan sisa-sisa hidupku … aku terus termanggu di situ.
Perlahan-lahan tanganku ditarik. Suara mama kedengaran sayup-sayup di telinga meminta aku mengikutinya pulang. Aku hanya mengikuti langkahnya. Tangan mama ku pegang erat. Ada tangan lain yang ingin memapahku namun aku menolak dengan lembut. …
Jika aku menangis .. kutahu mama lagi bersedih. Anak yang dikandung 9bulan 10hari pergi menyahut panggilan ilahi sebelum dirinya. Kuatnya mama menerima hakikat. Aku tidak sekuat itu. Aku bergerak setapak demi setapak. Meninggalkan hospital….
Aku rebah ……
 Bacaan yasin mengisi ruang tamu. Sekujur tubuh di pembaringan bertutup kain putih. ingatan berputar-putar menayakan apa yang terjadi… siapakah di pembaringan itu……..
Baju basah yang ku pakai berganti  dengan sehelai baju kurung biru. Aku bangun, terdapat beberapa pasang mata memerhati gerak longlai tubuhku.. aku bergerak ke bilik. Sepasang baju putih bergantung kemas di dalam almari. Aku memakai baju itu. Baju yang membawa makna mendalam dalam hidupku….
Tiada sepatah kata terucap dibibir ini. Yang ada hanya satu keluhan keresahan…. Terbawa dek keluhan emosi yang kecelaruan. Andai bisa akan ku ganti tempatmu ….. hati ini masih enggan menerima hakikat perginya insan bergelar suami …
Warasku mengarahkan aku untuk terus mendiamkan diri seketika…. Wudhuk diambil lantas yassin dibacakan. Tanganku bergetar, suaraku sayu … kegalauan ini tidak mampu ku sembunyikan…
Abang ….. antara dengar dan tidak bibirku mengutarakan kata ….
Seolah tersenyum kearahku… senyuman itu kutatap hiba, air mata yang kutahan selama ini jatuh jua disaat pertemuan terakhir kami…

Aku berteleku…
Seminggu telah berlalu .. kadang-kadang aku tersenyum mengenangkan dirimu abang… sering kali aku menangis…. Pujukan yang datang sekadar deruan angin yang menyingahi telingaku ..kenangan semasa kita bersekolah bermain-main diruang fikiran… baju tshirt kegemaranmu dalam dakapan tidurku saban malam yang dipenuhi tangisan pilu…
Dairi ana ilyani
Abang,
Sampai satu tahap ana mula meracau-racau. Tersenyum dan seolah-olah abang ada di depan. Menidakkan hakikat yang terlalu menyakitkan. Abang….  Segala kenangan antara kita tidak pernah luput dari fikiran ana.
            Semalam, Ana berdiri di buaian itu… walaupun hujan Ana tidak tinggalkan buaian yang pernah menjadi  bukti  janji kita. mama tidak menyedari ana keluar dari rumah. Abang, …… hilang kewarasan Ana. mama dan haikal mencari Ana. mereka meredah hujan demi Ana… butanya  Ana menilai keikhlasan mereka. Ana, merentap kasar tangan mama yang mengajak Ana pulang …. Berdosanya Ana abang…
            Haikal yang memandang mula campur tangan.. demi untuk menyedarkan
Ana, haikal menampar pipi ana. tangan ana direntap kasar ke dalam kereta… abang,… Haikal bawa Ana ke kubur abang, …. Dia menyedarkan Ana … kita tak mungkin bertemu lagi selamanya… Ana perlu tabah dan kuat. Ana tahu, jika abang masih ada abang tak akan biarkan ana menangis begini…. Ana sayang abang …. Sekarang dan selamanya.
2 tahun berlalu ..
Walaupun dua tahun telah berlalu kenangan itu masih utuh dalam fikiran ku… tidak begitu mudah untuk dihapuskan. Aku mesti kuat dalam meneruskan perjalanan hidup ini yang semakin singkat. Walaupun aku hipokrit menayangkan senyuman kegembiraan yang lukanya hanya aku yang merasai.
            Mama, akan ku cuba membahagiakanmu sebagaimana abang selalu lakukan. Aku meyayangi insan-insan yang abang sayangi sepenuh hatiku. Saban masa aku akan terus mengingatimu…. Hanya abang yang akan menjadi raja di hati Ana sebagaimana hanya Ana yang menjadi ratu di hati abang ….     
(p/s: cerita ini hanya rekaan semata-mata namun ambilah intipatinya... hargai orang sekeliling kita)

No comments:

Post a Comment