Wednesday, February 9, 2011

Guruku .... Terima Kasih... :)


Cerita 
Guru Muda di Perantauan.. 

Kelihatan seorang guru muda berjalan ke arah bilik guru. Setelah menamatkan ijazah di sebuah universiti pendidikan tanah air dirinya telah ditempatkan di sebuah sekolah menengah yang terletak di Negeri Sembilan. sekolah ini boleh dikatogerikan sebagai sekolah luar bandar. Guru muda ini memiliki ketinggian yang sederhana dan memakai kaca mata berbingkai hitam. Wajahnya sangat manis terutama bila tersenyum. Dalam keayuaan terselit ketegasan...

Hampir dua bulan ditempatkan di sekolah itu guru muda ini cuba sedaya upaya untuk memberikan khidmat terbaik. Walaupun kadang-kadang kesabarannya semakin berkurang dengan telatah murid-muridnya yang nakal namun dia masih bersabar... mengajar di sekolah menengah tetapi masih ada muridnya yang masih tidak tahu membaca. Kadang kala dia termenung mengenangkan nasib segelingtir muridnya itu. Hatinya dipagut gelisah. Dia tidak mampu untuk melihat keadaan ini berlanjutan. Cuti hujung minggunya dihabiskan dengan mencari bahan mengajar. 

KISAH DI SUATU PAGI: 

Guru muda ini telah menugaskan murid-muridnya membuat karangan sebanyak tujuh perenggan 3MINGGU yang lepas. Namun, terdapat seorang murid belum menyiapkanya. Murid itu hitam manis dan memiliki sedikit masalah pertuturan iaitu gagap apabila bercakap. 

Guru Muda : Esok cikgu nak kamu hantar karangan tu. Pastikan siap.
Murid          : Matanya terkebil-kebil memandang si guru muda. (eaamak, tak eeiap aagi arrar... huahuahua) 

Keesokannya,

Kelihatan murid berada di mejanya sewaktu rehat. Walaupun, lapar namun dia mesti menyiapkan tugasan yang diberikan . Bimbang guru muda akan memarahinya. Setiap kali mencari idea untuk menulis karangan tersebut dia termenung panjang. 

Guru muda: Mana tugasan yang cikgu bagi?
Murid        : Mengelabah dirinya apabila di soal oleh guru itu.. iiiini ekkgu uuku ccaya.
Kwn Sekelas: Cikgu, dia tak makan buat karangan cikgu... 

Semasa dalam bilik guru,.... Guru muda ini membelek buku murid. Kelihatan setiap perenggan terdiri dari 2 ayat yang ringkas dan penuh dengan kesalahan bahasa. Guru ini tersenyum dan tersentuh. Walaupun muridnya tergolong dalam kalangan murid yang lemah namun usahanya itu amat dihargai. 


Keesokannya: 

Guru Muda : Kamu datang sini... Wajah guru muda kelihatan garang menyinga.
Murid : Matanya masih tidak lekang memandang guru itu dan tidak berganjak dari tempat duduknya.                    
            Wajahnya kelihatan ketakutan. Kebimbangan mengenai tugasan semalam masih bersarang. 
Guru Muda : Datang depan.
Murid : Langkahnya kelihatan longlai. Mulutnya berkata-kata perlahan,... naak kkeena aarah ddahh nee.
Guru Muda : Nah ini untuk kamu,... kelihatan sekeping coklat berjenama cadbury bertukar tangan. 
Murid : di bibirnya tergambar satu senyuman yang tidak mampu di ungkapkan. ... eeekgu, waakk ayer  
                     ke?... segaris senyuman lebar menghiasi wajahnya. eeeeme asyihhh eekgu... terselit perasaan  
                     yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata... 


Adaptasi dari pengelaman sebenar seorang guru muda :) Terima Kasih Guruku...... 

No comments:

Post a Comment