Thursday, February 17, 2011


Kesibukan yang tersangat !!!!!...... 

sebagai seorang pelajar memang tak dapat lari dari kesibukan melampau dalam waktu tertentu. ..kebiasaan hidup di IPG kesibukan berlaku apabila tiba musim KKBI. Waktu tu dapat tengok lar yang da tak tidur malam, yang tak pernah menjejakkan diri ke pustaka pun leh tgk kat sana. Kesibukan yang seterusnya adalah pada musim exam.. yang to0 sumer memang ngadap buku ajer lar. kalau boleh tak nak tido pun ada ... kecuali SAYA...hehehe....

Semalam baru aje tamat pementasan sketsa SNOW WHITE N 7 DWARF sempena minggu bahasa inggeris. Sepatutnya esok da PERTANDINGAN SENAM AEROBIK  tapi telah ditunda pada hari ahad. Kalau ikutkan penat memang penat tapi sangat berbaloi-baloi. Nanti saya akan kongsikan pengalaman saya sebagai AJK make-up dan costume dalam entri yang akan datang.... Alhamdulillah, hasil kerjasama erat unit BM dan Pai maka kami telah mendapat tempat ke-3. 

Aktiviti yang menanti minggu depan :

  • Hantar KKP Bm komputer (x siap lagi) ... hehehe.. heroin relx luuu....
  • Kuiz anatomi @ fisiologi (adushhhh)
  • PERTANDINGAN SENAM AEROBIK 
  • Kuiz Hubungan Etnik..
  • Olahraga.....
  • Kendalikan Perjumpaan Unit Beruniform
  • Sekayu Waterfall..... :) love it ... 
  • Minggu Maulidur Rasul (JOM SELAWAT)
Bila sibuk-sibuk ni ada pro dan kontra,... memang banyak yang kita dapat pelajari yang baru-baru sebagai persediaan menjadi guru. Tapi jangn kesibukan ini menjadikan hati kita leka. Jadi pastikan kita pandai dalam menguruskan masa. Malam ni ada latihan untuk senam aerobik... sambil-sambil menyihatkan badan kita mesti seronok dengan apa yang kita buat. Orang cakap apabila kita menyintai apa yang kita buat maka ia akan menjadi lebih senang dilakukan. Jadi Cintainya.... 










No comments:

Post a Comment