Sunday, February 27, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H ~~

27 FEBRUARI 2011
DEWAN AL-FARABI


RASULLULLAH KEKASIHKU 

Setelah dimaklumkan mengenai sambutan maulidur rasul ini maka macam biasa pagi-pagi saya dah ke tapak perhimpunan dengan kawan-kawan saya. Sambutan hari ini dimulakan dengan perarakan selawat oleh pensyarah, murid sk, dan pelajar IPG. Kebanyakan memakai baju melayu, manakala yang perempuan berbaju kurung seperti biasa. :) Perarakan dimulakan dari tapak perhimpunan ke pintu masuk TELTRAC dan jalan raya diawasi oleh KRS. Keredupan langit seolah -olah senang dengan situasi ini... renungkanlah... 

Setelah sampai di Dewan Al-Farabi, satu ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Dr Ahmad Bazli Bin Syafie.. ceramah beliau menyentuh hati saya .. terdapat banyak input yang disampaikan dan amat berguna dalam membina diri untuk menjadi mushid, muaddib, mua'lim, dan murabbi yangberkesan. umm... tajuk ceramah yang disampaikan pada hari ini ialah Nabi Muhammad (S.A.W) sebagai guru yang agung .. dalam masa yang sama ceramah ini menekankan mengenai isu-isu semasa .. 

MURSHID UMPAMA RUMAH API, SEKIRANYA LAMPU ITU PADAM, TIDAK TERANG DAN BERUBAH-UBAH MAKA KAPAL AKAN KARAM DI LAUTAN 


Sebenarnya terdapat banyak lagi maklumat yang disampaikan.. tapi di sebabkan kekangan masa yang saya hadapi mungkin lain kali akan disambung lagi ... sekian terima kasih ... 


No comments:

Post a Comment